Wanita OKU dirogol rakan sekerja

Wanita OKU dirogol rakan sekerja

Alor Setar: Lelaki didakwa merogol rakan sekerjanya yang juga orang kurang upaya (OKU) dalam tandas sebuah restoran makanan segera di negeri ini sejak Jun lalu.

Mangsa, wanita berusia 22 tahun yang pekak dan bisu dijadikan pemuas nafsu oleh rakan sekerjanya itu dalam tandas lelaki hingga akhir Julai lalu.

Difahamkan, sepanjang tempoh itu mangsa dirogol sebanyak empat kali namun dia tidak menceritakan kejadian berkenaan kepada sesiapa kerana takut dimarahi ahli keluarganya.



Menurut sumber, mangsa yang kemudiannya dikatakan sudah tidak tahan dengan kelakuan rakan di tempat kerja itu akhirnya ‘membuka mulut’ dan menceritakan kejadian terbabit kepada ibunya.

“Mangsa menceritakan kejadian itu di rumahnya pada 31 Julai lalu dan memberitahu kali terakhir berlaku empat hari sebelum itu.

“Wanita malang terbabit memberitahu kejadian berkenaan berlaku pada 4 pagi ketika dia dan rakan sedang bekerja di premis itu,” katanya.

Sumber berkata, susulan itu polis berjaya menahan suspek yang berusia 21 tahun di sebuah lokasi di negeri itu dan dia kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK).



“Hasil siasatan dan pemeriksaan lanjut mendapati suspek selain merogol suspek juga pernah menghantar gambar tidak senonohnya kepada mangsa melalui beberapa platform media sosial.

“Siasatan juga mendapati mangsa bekerja sebagai pencuci, manakala suspek pula bekerja sebagai tukang masak di restoran berkenaan,” katanya.

Menurutnya, mangsa sudah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan polis turut mengambil pakaian mangsa untuk siasatan.

“Setakat ini, polis juga sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup di restoran berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya. HM



Wanita OKU dirogol rakan sekerja


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pengarah urusan dihukum penjara 230 tahun tipu pakej umrah, ziarah

Gadis cantik tidak kisah bergelar petani cendawan

‘Dia bukan anak atau anak ikan tetapi suami saya yang sah’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker