BN, UMNO tak akan bekerjasama dengan DAP, Zuraida – Isham

BN, UMNO tak akan bekerjasama dengan DAP, Zuraida – Isham

Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak akan bekerjasama dengan DAP dan parti yang diketuai Datuk Zuraida Kamaruddin.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil berkata, ini kerana DAP dan Zuraida dianggap sebagai penipu dan pengkhianat rakyat.

“Ramai betul orang ingin kerjasama dengan UMNO sekarang, termasuklah DAP.



Parti baru Zuraida (Parti Bangsa Malaysia) pun ingin masuk BN. “DAP ini termasuk dalam golongan penipu rakyat, rakyat masih ingat dulu mereka (DAP dan PH) tipu manifesto dan ranapkan ekonomi.

Zuraida pula pengkhianat dan pelompat parti. “Saya tidak rasa UMNO dan BN akan terima penipu dan pengkhianat, penipu dan pengkhianat ini adalah golongan orang-orang yang tidak boleh dipercayai,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Beliau mengulas laporan media hari ini berhubung kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan UMNO.

Menurut Isham, kumpulan akar umbi akan menolak UMNO sekiranya bekerjasama dengan kumpulan penipu dan penghianat.



“Saya sendiri tidak akan terima penipu dan pengkhianat. Ini bukan sahaja kerana ideologi namun ia juga adalah kerana praktikaliti.

“Jika UMNO terima mereka, sebahagian pengundi Melayu yang sekarang sokong UMNO mungkin akan tawar hati dan akan sokong parti lain seperti parti (Tun Dr.) Mahathir, Gerakan Tanah Air (GTA) dan akan berpecah lagi undi Melayu.

“Ini akan menguntungkan DAP dan PH. Mungkin ini agenda sebenar DAP dan GTA.

“Zuraida pula sedang terdesak cari kerusi. Jika dia mahu sokong BN kita alu-alukan tetapi kerusi kita tidak akan bagi.



Ini pendirian saya dan akar umbi,” kata Isham.

Anthony tidak menolak kerjasama dengan UMNO dan menganggap sebagai ‘apa-apa sahaja mungkin dalam politik’. Beliau bagaimanapun berkata, jika wujud sebarang kerjasama ia hanya akan berlaku selepas pilihan raya umum akan datang.

“Saya tidak akan menolak apa-apa kerana apa yang penting ialah kita (semua parti) mesti berdasarkan agenda,” katanya dalam laporan FMT sambil menambah DAP terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang melaksanakan agenda yang sama.

Anthony berkata, kerjasama antara parti yang berbeza perjuangan berkemungkinan berlaku sejak pilihan raya umum 2018 apabila landskap politik negara menghadapi perubahan drastik khususnya ketiadaan parti dominan tunggal.

Sementara Zuraida pula sebelum ini juga dilaporkan berkata, PBM yang dipimpinnya telah menghantar permohonan rasmi untuk menyertai BN dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15. Beliau bagaimanapun berkata, setakat ini, BN masih belum menjawab permohonan tersebut. MG

BN, UMNO tak akan bekerjasama dengan DAP, Zuraida – Isham


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pengarah urusan dihukum penjara 230 tahun tipu pakej umrah, ziarah

Gadis cantik tidak kisah bergelar petani cendawan

‘Dia bukan anak atau anak ikan tetapi suami saya yang sah’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker