4 beranak maut dilanggar treler

4 beranak maut dilanggar treler

Empat beranak termasuk seorang bayi terkorban apabila motosikal dinaiki dilanggar treler membawa muatan pasir, dalam nahas di Kampung Semanggar, Kota Tinggi, Johor, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, mangsa maut ialah penunggang motosikal, Mohamad Suti Yahaya, 39, dan isterinya, Siti Jamaliah Mohd Yatim, 27.

Dua anak pasangan itu, Nur Firman Hadi Abdul Rahman, 4, dan juga Nurfatihah Jannah berusia 7 bulan, maut di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Menurut Sinar Harian, kesemua mangsa menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC dalam perjalanan pulang ke rumah mereka yang terletak di Kampung Mawai, Kota Tinggi.

Menurut ibu Siti Jamaliah, Rosni sintingan, 53, dia mendapat maklumat kejadian itu kira-kira 3 petang selepas anak buahnya terlihat gambar kemalangan yang menimpa anak cucunya itu di Facebook, sebelum ada orang lain yang menghubunginya.

Katanya, dia juga sempat ke lokasi kejadian, namun ketika itu tidak sempat menemui anaknya kerana telah dibawa menaiki kenderaan polis bersama cucunya Nurfatihah Jannah.

“Semasa saya sampai saya dapat lihat menantu dan anak lelakinya sahaja yang masih terbaring di lokasi. Saya tidak tahu mereka pergi ke mana tetapi kalau cuti memang mereka akan berjalan anak beranak mungkin ke pekan Anggerik, Bandar Tenggara atau ke Felda Pasir Raja berjumpa rakannya.

“Mereka anak beranak memang akan menaiki motosikal ke mana sahaja kerana itu sahaja kenderaan yang mereka ada. Sebelum ini mereka pernah juga terlibat kemalangan namun hanya alami cedera.

“Kami sekeluarga puas juga nasihat suruh mereka beli kereta namun katanya tak apa naik motosikal. Kami hanya kesian pada anak dan isterinya sahaja. Tak sangka perkara yang kami bimbangkan berlaku hari ini,” kata laporan itu.

Sementara itu Ketua Polis Kota Tinggi Hussin Zamora, mengesahkan kejadian dan kes masih dalam siasatan pihak polis. HM

4 beranak maut dilanggar treler


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker