Perkembangan Najib: Wan Rosdy Seru Ahli Sambut Dengan Kesyukuran, Jaga Adab
Perkembangan Najib: Wan Rosdy Seru Ahli Sambut Dengan Kesyukuran, Jaga Adab

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru seluruh kepimpinan dan ahli di negeri tersebut untuk menyambut perkembangan mengenai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dengan penuh kesyukuran serta sentiasa menjaga adab.
Menerusi satu kenyataan, beliau menzahirkan rasa syukur atas keputusan Lembaga Pengampunan yang diumumkan berhubung permohonan pengampunan Datuk Seri Mohd Najib Razak.
“Saya bagi pihak Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas keputusan Lembaga Pengampunan yang diumumkan pada hari ini berhubung permohonan pengampunan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
“UMNO Pahang dengan penuh takzim merafak sembah menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas limpah perkenan Baginda dalam perkara ini.
“UMNO Pahang turut merafak sembah menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang atas segala doa, keprihatinan dan usaha Baginda sebelum ini berhubung perkara tersebut. Segala perhatian dan keprihatinan Baginda amatlah dihargai dan akan sentiasa dikenang dengan penuh rasa hormat dan kesyukuran.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ANGKASA Kekal Di Pentas Global, Abdul Fattah Ke Lembaga ICA
- Berbeza Wadah, Jangan Berpecah Ummah – Saifullah
- Jasa Dan Rekod Najib Razak Perlu Dihargai – Rosnah
“Sesungguhnya, perkembangan ini membawa kelegaan yang amat besar kepada Datuk Seri Najib dan keluarga, serta disambut dengan penuh kesyukuran oleh seluruh keluarga besar UMNO Pahang,” katanya.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO turut menyambut baik kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung tabung sumbangan untuk membantu Datuk Seri Najib.
“UMNO Pahang turut menyambut baik kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO, berhubung inisiatif melancarkan Tabung Sumbangan bagi membantu Datuk Seri Najib melunaskan denda berjumlah RM50 juta yang dikenakan.
“Sehubungan itu, UMNO Pahang akan turut memberikan sumbangan kepada tabung berkenaan sebagai tanda kebersamaan dan solidariti terhadap inisiatif yang diumumkan oleh Presiden UMNO.
“Pada masa yang sama, UMNO Pahang mengalu-alukan ahli-ahli UMNO di seluruh negeri Pahang yang berhasrat untuk turut menyumbang agar dapat berbuat demikian secara sukarela dan seikhlas hati melalui UMNO Bahagian masing-masing. Segala urusan kutipan dan penyaluran sumbangan hendaklah dilaksanakan secara telus, teratur serta mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa,” katanya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 600kWh Sudah Lapuk, Wajib Nilai Semula – Armand Azha
- Wanita UMNO Pahang, Terengganu Teguh Hormati Proses Pengampunan Najib
Agenda Malaysia Biru Buka Laluan Pendekatan Pentadbiran Lebih Baik
Mengulas lanjut, beliau turut berdoa agar Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesejahteraan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
“Saya menyeru seluruh kepimpinan dan ahli UMNO Pahang agar menyambut perkembangan ini dengan penuh kesyukuran, sentiasa menjaga adab dalam setiap ungkapan serta menghormati segala proses yang ditetapkan.
“Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesejahteraan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang serta memelihara keamanan, kestabilan dan keharmonian negara yang kita cintai,” katanya lagi.
Terdahulu, media melaporkan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, dengan baki hukuman penjara dijalani secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang diadakan pada Jumaat.
Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada Najib membayar denda RM50 juta.- UMNO Online
Perkembangan Najib: Wan Rosdy Seru Ahli Sambut Dengan Kesyukuran, Jaga Adab
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Wajah Baharu Bandar Johor Bahru Pacu Ekonomi, Kehidupan Komuniti Setempat
- Sarawak Penentu Masa Depan Industri Lada Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita UMNO Junjung Kasih, Sambut Keputusan Tahanan Rumah Najib
You must be logged in to post a comment.