Agenda Malaysia Biru Buka Laluan Pendekatan Pentadbiran Lebih Baik

Agenda Malaysia Biru Buka Laluan Pendekatan Pentadbiran Lebih Baik

Agenda Malaysia Biru Buka Laluan Pendekatan Pentadbiran Lebih Baik

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Mazalan Maarop memaklumkan gagasan Malaysia Biru yang digariskan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menjadi hala tuju jelas UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Beliau berkata agenda tersebut memberikan gambaran yang jelas kepada akar umbi mengenai pendekatan dan gerak kerja yang perlu diperkukuh.

“Ini memperlihatkan kepada ahli-ahli akar umbi untuk hala tuju seterusnya dalam pilihan raya akan datang, iaitu bagaimana kita untuk menjadi kerajaan menuju ke Putrajaya.

“… juga untuk kita menangani apa-apa isu dan seterusnya memenangi hati pengundi supaya UMNO/BN menjadi peneraju kepada kerajaan yang akan ditubuhkan selepas PRU16,” katanya ketika ditemui UMNO Online baru-baru ini.

Katanya lagi, agenda ini juga turut memperlihatkan perancangan awal parti dalam membentuk pendekatan pentadbiran negara yang lebih baik dan berkesan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selamat Hari Malaysia, Kesatuan Jadi Kekuatan – Ahmad Zahid


Menurut beliau, ia termasuk membuka ruang kerjasama dengan parti-parti yang mempunyai kesesuaian dalam usaha membentuk pentadbiran negara.

“Hala tuju yang dibawa oleh UMNO/BN, mungkin juga dengan kerjasama daripada parti-parti yang boleh bersama dengan kita untuk mentadbir negara.

“Malaysia Biru adalah hala tuju yang cukup baik yang dibawa oleh Presiden untuk kita mentadbir negara ini dengan lebih baik, cemerlang dan gemilang,” ujar beliau.

Mengulas mengenai sambutan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 minggu lalu, beliau berkata perhimpunan kali ini memperlihatkan suasana yang berbeza berbanding sebelum ini.

“PAU kali ini membawa momentum yang baik daripada kemenangan PRN Johor dan Negeri Sembilan, apatah lagi kita sedang menghadapi dan menuju ke Pilihan Raya Negeri Melaka dan juga Pilihan Raya Umum.

“Ini adalah semangat yang akan dibawa. Semangat ini akan dibawa ke Melaka dan juga ke PRU yang akan datang,” ujar beliau.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dap Dibidas, Persoal Kenyataan Hannah Yeoh Dalam Isu Pengampunan Najib



Terdahulu, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Agenda Malaysia Biru akan diterjemahkan dalam bentuk dasar dan tindakan sebelum dijadikan janji dalam manifesto rasmi BN pada pilihan raya akan datang.

Beliau pada ucapan dasar menggariskan lapan ikhtiar utama menerusi Agenda Malaysia Biru sebagai tawaran baharu sekiranya parti itu bersama BN kembali menerajui Putrajaya.

Lapan ikhtiar itu merangkumi Malaysia sebagai Negara Pencipta, Negara Berkemahiran, Negara Pemilik, Negara Sejahtera, Negara Berdaya Tahan, Negara Peduli, Negara Beramanah dan Negara Berdaulat. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jasa Najib Tidak Harus Dipinggirkan – Norliza

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker