Jasa Najib Tidak Harus Dipinggirkan – Norliza
Jasa Najib Tidak Harus Dipinggirkan – Norliza

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Jasa mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang besar dalam membangunkan ekonomi negara dan membawa pelbagai perubahan kepada rakyat tidak seharusnya dipinggirkan begitu sahaja.
Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, apa jua pandangan dan keadaan hari ini, sejarah tetap sejarah dan kebaikan serta sumbangan yang pernah dicurahkan kepada negara wajar dikenang serta dihargai.
“Kerana bangsa yang matang bukan bangsa yang melupakan jasa, tetapi bangsa yang tahu menghargai setiap pengorbanan yang pernah dilakukan demi negara,” katanya.

Menurut beliau, masa mungkin mengubah keadaan dan persepsi boleh berubah, namun jasa yang telah ditaburkan kepada rakyat dan negara tidak sepatutnya dilupakan.
“Mungkin masa boleh mengubah keadaan, mungkin persepsi boleh berubah, tetapi jasa yang telah ditaburkan kepada rakyat dan negara tidak sepatutnya dilupakan.”
Beliau berkata, jangan kerana hari ini seseorang dihukum, segala jasa yang pernah ditaburkan kepada rakyat dan negara turut dilupakan.
“Jangan kerana hari ini kita menghukum seseorang, kita memilih untuk melupakan segala jasa yang pernah ditaburkan kepada rakyat dan negara.” – UMNO Online
Jasa Najib Tidak Harus Dipinggirkan – Norliza
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lawatan Kerja Ahmad Zahid Kukuh Hubungan Malaysia-Indonesia
- Junjung Keputusan Tuanku… Namun Pandangan Ahli Politik Terlibat Boleh Dipersoal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.