Kedah Medan Awal Perpaduan Ummah – Farhan Ahmad

Kedah Medan Awal Perpaduan Ummah – Farhan Ahmad

Kedah Medan Awal Perpaduan Ummah – Farhan Ahmad

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Kedah berpotensi menjadi medan permulaan kepada usaha memperkukuh perpaduan ummah apabila semua pihak yang ikhlas mahu melihat umat Islam bersatu diberi ruang untuk duduk semeja dan mencari titik persamaan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena, Mohd Farhan Ahmad, menyambut baik pendirian UMNO bahawa Himpunan Perpaduan Ummah terbuka kepada semua pihak yang benar-benar ikhlas memperjuangkan agenda penyatuan umat.

Beliau berkata, keterbukaan tersebut membuktikan bahawa usaha memperkukuh perpaduan umat tidak seharusnya dilihat sebagai agenda eksklusif mana-mana parti politik, sebaliknya menjadi tanggungjawab bersama demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

“Saya menyambut baik kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh bahawa Himpunan Perpaduan Ummah terbuka kepada semua pihak yang ikhlas mahu melihat umat bersatu.

“Saya melihat usaha ini amat signifikan khususnya di negeri Kedah. Sudah tiba masanya kita mencari lebih banyak titik persamaan daripada terus membesarkan perbezaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selamat Hari Malaysia, Kesatuan Jadi Kekuatan – Ahmad Zahid


“Kita mungkin berbeza parti, pendekatan dan pandangan politik, tetapi kepentingan agama, bangsa, negeri dan rakyat sewajarnya membuka ruang untuk kita duduk bersama serta membina persefahaman,” katanya.

Mengulas lanjut, Farhan turut memuji Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, atas keberanian membuka ruang dan memberikan mandat kepada kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia untuk menggerakkan usaha ini.

Kedah Medan Awal Perpaduan Ummah – Farhan Ahmad

“Ia satu langkah yang membuka ruang kepada dialog dan kerjasama yang lebih luas. Kedah telah disebut sebagai antara negeri yang akan menjadi medan awal usaha ini.

“Justeru, Pemuda UMNO Pokok Sena bersedia memainkan peranan dan menyokong usaha yang membawa kepada penyatuan, bukan perpecahan,” katanya lagi.

Tambah beliau lagi, perpaduan ummah tidak seharusnya dilihat melalui kaca mata politik sempit atau pertandingan menentukan siapa lebih dominan, sebaliknya perlu berpaksikan kepentingan agama, bangsa dan masa depan rakyat.

“Perpaduan ummah bukan soal siapa menang dan siapa kalah. Ia tentang mencari titik temu demi masa depan yang lebih baik,” ujarnya. – UMNO Online


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dap Dibidas, Persoal Kenyataan Hannah Yeoh Dalam Isu Pengampunan Najib

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker