Perkukuh Industri Koko Negara Melalui Inovasi, Teknologi
Perkukuh Industri Koko Negara Melalui Inovasi, Teknologi

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melalui Lembaga Koko Malaysia (LKM) akan terus memperkukuh industri koko negara melalui inovasi, teknologi dan penghasilan produk bernilai tinggi.
Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan beliau telah mengadakan lawatan ke Agropelancongan LKM pada Rabu.
“Pada Rabu saya berkesempatan mengadakan lawatan ke Agropelancongan LKM di Kota Samarahan.
“Lawatan ini membuka ruang untuk saya melihat dengan lebih dekat potensi besar agropelancongan berasaskan koko, khususnya dalam menjadikan industri ini lebih dekat dengan masyarakat melalui pengalaman yang interaktif dan menarik.
“Menariknya, koko bukan sekadar tanaman dan bahan mentah. Di sebalik sebiji buah koko, terdapat rantaian industri yang panjang daripada penanaman, penghasilan biji koko, pemprosesan sehinggalah kepada pelbagai produk hiliran bernilai tambah,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Fairuz Tempelak Mahfuz: Cermin Diri Sebelum Campur Urusan UMNO
- UMNO Sabah Tegas Pertahan Keharmonian Dan Sensitiviti Agama
Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia turut melihat agropelancongan sebagai platform menghubungkan masyarakat dengan industri komoditi secara lebih dekat.

“Saya melihat agropelancongan sebagai satu platform yang mampu menghubungkan masyarakat dengan industri komoditi secara lebih dekat, di samping membuka peluang ekonomi baharu kepada komuniti setempat.
“KPK melalui LKM akan terus memperkukuh industri koko negara dengan memberi penekanan kepada inovasi, keusahawanan, teknologi dan penghasilan produk bernilai tinggi.
“Insya-Allah, kita mahu koko Sarawak bukan sahaja terus berkembang sebagai komoditi, tetapi turut menjadi sebahagian daripada pengalaman dan tarikan agropelancongan yang mampu dikenali lebih luas,” katanya lagi. – UMNO Online
Perkukuh Industri Koko Negara Melalui Inovasi, Teknologi
Perkukuh Industri Koko Negara Melalui Inovasi, Teknologi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kedudukan YDP Besar Negeri Sembilan Bukan Kuasa Unilateral Menteri Besar
- Jangan Jadikan Agama Bahan Jenaka Politik – Rosnah
- Tekad 16 Jadi Pedoman UMNO Hadapi PRU-16 – Najib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.