Dap Dibidas, Persoal Kenyataan Hannah Yeoh Dalam Isu Pengampunan Najib

Dap Dibidas, Persoal Kenyataan Hannah Yeoh Dalam Isu Pengampunan Najib

Dap Dibidas, Persoal Kenyataan Hannah Yeoh Dalam Isu Pengampunan Najib

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim mempersoalkan kejujuran serta kedudukan sebenar Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh berhubung kenyataan beliau dalam Lembaga Pengampunan berkaitan isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Gulam, kenyataan Hannah yang menegaskan pandangannya secara jujur dan berterus terang dalam Lembaga Pengampunan atas alasan demi kepentingan negara perlu dilihat dalam konteks pendirian kepimpinan Dap sebelum ini terhadap isu pengampunan Najib.

Beliau berkata, sebelum ini terdapat beberapa pemimpin Dap yang menolak dengan keras pengampunan terhadap Najib, termasuk desakan untuk melepaskan jawatan dalam Kabinet sekiranya Najib diberikan pengampunan bagi meneruskan baki tahanan di rumah.

“Bukankah sebelum ini terdapat beberapa kepimpinan Dap menolak sekeras-kerasnya pengampunan Datuk Seri Najib sehinggakan mendesak ingin melepaskan jawatan di dalam kabinet sekiranya Datuk Seri Najib diberikan pengampunan untuk meneruskan baki tahanan di rumah.”

Gulam turut mengaitkan pendirian tersebut dengan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini apabila menurutnya, Dap dan pihak yang disifatkannya sebagai tajaan Pakatan Harapan (PH) membentuk persepsi serta naratif bahawa kemenangan Barisan Nasional (BN) akan membawa kepada pembebasan Najib.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAU 2026 Perkukuh Perpaduan, Semarak Semangat Hari Malaysia


“Malah ketika kempen PRN Johor berlangsung, Dap dan ceplos-ceplos tajaan PH mencipta persepsi dan naratif jika BN menang Datuk Seri Najib akan dibebaskan.”

Dalam pada itu, Gulam berpandangan kehadiran serta kenyataan Hannah Yeoh dalam Lembaga Pengampunan bukan semata-mata atas kapasiti peribadi atau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Sebaliknya, beliau mempersoalkan sama ada Hannah bertindak sebagai proksi atau membawa suara Dap dalam isu berkenaan.

“Pandangan saya, kehadiran dan kenyataan YB Hannah Yeoh bukan atas kapasiti peribadi atau Menteri WP tetapi lebih menjadi proksi, penyambut lidah, suara atau ‘mens rea’ Dap di dalam Lembaga Pengampunan.”

“Malah kemungkinan besar ditekan kuat oleh kepimpinan utama Dap, pengampunan Datuk Seri Najib adalah ibarat hidup atau mati buat Dap yang akan kehilangan banyak sokongan dari penyokong-penyokong tegarnya sekiranya ianya berlaku.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Amanat Presiden Perjelas Arah Perjuangan UMNO – Muhamad Khizri


Bagaimanapun, Gulam berkata Hannah Yeoh tidak seharusnya menjadi sasaran utama tekanan berhubung perkara itu kerana beliau berkemungkinan hanya melaksanakan pendirian atau arahan kepimpinan parti.

“Mungkin di dalam soal ini, tidak wajar kita menekan-nekan YB Hannah Yeoh kerana kemungkinan beliau telah diarahkan oleh kepimpinan utama agar kehendak dan kemahuan parti wajib dipertahankan.”

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan mengapa Setiausaha Agung Dap, Anthony Loke dilihat membiarkan Hannah menjawab persoalan berhubung isu tersebut seorang diri tanpa sokongan terbuka daripada kepimpinan Dap yang lain.

“Yang sepatut dan layak menjawab persoalan ini adalah SUA Dap YB Anthony Loke yang sehingga kini membiarkan YB Hannah Yeoh menjawab seorang diri tanpa sokongan rakan-rakan kepimpinan Dap yang lain.”

Mengulas lanjut, Gulam berkata beliau bersimpati dengan Hannah Yeoh yang menurutnya berdepan kesan daripada pendirian yang diambil dalam isu tersebut.

“Akhir kata, dalam soal ini saya berasa simpati dengan YB Hannah Yeoh yang menjadi ‘mak sanggup’ walaupun tahu ia akan menyusahkan beliau kelak.”

“Oleh itu strategi Dap bila rombakan berlaku dengan meletakkan beliau sebagai Menteri WP nampaknya berjaya menghalang Datuk Seri Najib Razak mendapat pengampunan.” – UMNO Online

Dap Dibidas, Persoal Kenyataan Hannah Yeoh Dalam Isu Pengampunan Najib


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selamat Hari Malaysia, Kesatuan Jadi Kekuatan – Ahmad Zahid

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker