‘Talent Bank Wanita UMNO Perkasa Pelapis Kepimpinan’

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Exco Wanita UMNO Malaysia, Datuk Haryaty Hamdzah menyambut baik usaha mewujudkan Bank Bakat Wanita UMNO sebagai platform tersusun bagi mengenal pasti dan membangunkan barisan pelapis kepimpinan wanita.
Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Melaka berkata inisiatif berkenaan bagi memastikan pembangunan bakat kepimpinan wanita dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh dan berterusan.
“Saya tertarik dengan persiapan Bank Bakat Wanita yang dikemukakan oleh Ketua Wanita Malaysia, iaitu menyediakan platform untuk pelapis kepimpinan.
“Kita tahu bahawa kepimpinan wanita ini kita sering laungkan kita nak 30 peratus tetapi belum berjaya,” katanya.
Menurut Haryaty, kewujudan Talent Bank memberi peluang kepada Wanita UMNO untuk membangunkan pelapis termasuk mereka yang mempunyai pengalaman serta kepakaran dalam bidang masing-masing.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU 2026 Berakhir, Kerja Sebenar UMNO Kini Bermula – Azalina
- PAU 2026 Suntik Semangat UMNO Melaka – Rais
- Presiden UMNO Suntik Semangat Baharu – Hairi
Katanya pendekatan tersebut bukan sahaja dapat memperluas penyertaan wanita dalam kepimpinan, malah memastikan parti mempunyai barisan bakat yang bersedia untuk memikul tanggungjawab lebih besar pada masa hadapan.
“Dalam masa yang sama saya rasa pendekatan untuk kita wujudkan Bank Bakat Wanita ini memberikan peluang kepada wanita mempunyai pelbagai lapisan kepimpinan di bawah.
“Sebab kita ada professional, aktivis belia, badan bukan kerajaan yang boleh kita ketengahkan untuk mereka ini menjadi pembuat dasar baik di peringkat Parlimen ataupun di peringkat DUN,” ujar beliau.
Terdahulu Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad pada ucapan dasar Perhimpunan Agung Wanita UMNO Malaysia mengumumkan inisiatif penubuhan Bank Bakat Wanita UMNO yang disokong oleh Pusat
KUALA LUMPUR, 15 Sept – Exco Wanita UMNO Malaysia, Datuk Haryaty Hamdzah menyambut baik usaha mewujudkan Bank Bakat Wanita UMNO sebagai platform tersusun bagi mengenal pasti dan membangunkan barisan pelapis kepimpinan wanita.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU 2026 Selesai, Amanat Perjuangan Terjemah Kepada Tindakan – Sharif Musa
- Agenda Malaysia Biru Cerminan Hala Tuju UMNO/BN
- Pasca-PAU 2026: UMNO Terus Rapatkan Saf, Perkukuh Kesatuan
Menerokai Maksud Tersirat Agenda Malaysia Biru Dan Tafahum Siayasi
Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Melaka berkata inisiatif berkenaan bagi memastikan pembangunan bakat kepimpinan wanita dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh dan berterusan.
“Saya tertarik dengan persiapan Bank Bakat Wanita yang dikemukakan oleh Ketua Wanita Malaysia, iaitu menyediakan platform untuk pelapis kepimpinan.
“Kita tahu bahawa kepimpinan wanita ini kita sering laungkan kita nak 30 peratus tetapi belum berjaya,” katanya.
Menurut Haryaty, kewujudan Talent Bank memberi peluang kepada Wanita UMNO untuk membangunkan pelapis termasuk mereka yang mempunyai pengalaman serta kepakaran dalam bidang masing-masing.
Katanya pendekatan tersebut bukan sahaja dapat memperluas penyertaan wanita dalam kepimpinan, malah memastikan parti mempunyai barisan bakat yang bersedia untuk memikul tanggungjawab lebih besar pada masa hadapan.
“Dalam masa yang sama saya rasa pendekatan untuk kita wujudkan Bank Bakat Wanita ini memberikan peluang kepada wanita mempunyai pelbagai lapisan kepimpinan di bawah.
“Sebab kita ada professional, aktivis belia, badan bukan kerajaan yang boleh kita ketengahkan untuk mereka ini menjadi pembuat dasar baik di peringkat Parlimen ataupun di peringkat DUN,” ujar beliau.
Terdahulu Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad pada ucapan dasar Perhimpunan Agung Wanita UMNO Malaysia mengumumkan inisiatif penubuhan Bank Bakat Wanita UMNO yang disokong oleh Pusat Kecemerlangan Wanita (DELIMA) bagi menyaring, melatih serta mengetengahkan calon berpotensi ke peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri. – UMNO Online
‘Talent Bank Wanita UMNO Perkasa Pelapis Kepimpinan’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU 2026 Selesai, Amanah Dan Tanggungjawab Terus Berjalan – Tengku Adnan
- Pasca-PAU 2026: Keluarga UMNO Labuan Satukan Saf Hadapi PRU-16
- Kerugian Pelaburan Jadi Seksyen 403… Siapa Menteri Berani Membuat Keputusan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.