Presiden UMNO Suntik Semangat Baharu – Hairi

Presiden UMNO Suntik Semangat Baharu – Hairi

Presiden UMNO Suntik Semangat Baharu – Hairi

UMNO (PAU) 2026 disifatkan sebagai penegasan penting terhadap hala tuju parti serta kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya akan datang.

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Hairi Mad Shah berkata, PAU 2026 bukan sekadar medan perbahasan, sebaliknya menjadi titik tolak untuk seluruh ahli memperkukuh parti dan kembali mendekati rakyat.

“Penggulungan Presiden jelas memberikan arah kepada kita. Selepas ini bukan masa untuk sekadar bercakap, tetapi untuk kita turun bekerja, mendengar suara rakyat dan melaksanakan amanah yang diberikan.

“Pilihan raya boleh berlaku pada bila-bila masa. Sebab itu kita mesti bersedia dari sekarang dan memastikan seluruh jentera parti berada dalam keadaan terbaik,” katanya.

Menurut beliau, mesej Presiden turut memberi penekanan kepada usaha UMNO mendapatkan kembali keyakinan rakyat, khususnya generasi muda.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jasa UMNO Terus Dikenang… Mahasiswa Luar Negara Hargai Peluang Pendidikan


Katanya, Pemuda UMNO perlu membawa pendekatan yang lebih segar dengan memberi tumpuan kepada isu dan keperluan sebenar anak muda, termasuk peluang pekerjaan, kos sara hidup, perumahan serta masa depan mereka.

“Anak muda mahu tahu apa yang UMNO boleh tawarkan kepada mereka hari ini dan untuk masa depan. Jadi kita perlu lebih dekat dengan mereka dan memahami apa yang mereka perlukan.

“Pemuda mesti berada di barisan hadapan untuk membawa mesej perjuangan UMNO dengan pendekatan yang lebih dekat dan mudah difahami generasi muda,” katanya.

Hairi berkata, semangat yang dicetuskan sepanjang PAU 2026 perlu diterjemahkan dalam bentuk kerja nyata, bukan berakhir sebaik sahaja perhimpunan melabuhkan tirai.

“Perhimpunan sudah selesai, tetapi perjuangan kita bermula. Kita pulang ke kawasan masing-masing dengan satu tekad untuk memperkukuh UMNO, mendekati rakyat dan memastikan parti benar-benar bersedia menghadapi pilihan raya,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pembangunan KL Tidak Boleh Korbankan Hak Melayu Bandar


Beliau turut menegaskan bahawa kekuatan UMNO bergantung kepada kesatuan dan keupayaan seluruh anggota parti untuk bergerak sebagai satu pasukan.

“Sekarang masa untuk kita bekerja. Kita satukan kekuatan, perkemas jentera dan kembali kepada rakyat. Insya-Allah, Pemuda akan terus berada di barisan hadapan,” katanya lagi. – UMNO Online

Presiden UMNO Suntik Semangat Baharu – Hairi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menerokai Maksud Tersirat Agenda Malaysia Biru Dan Tafahum Siayasi

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker