Pasca-PAU 2026: UMNO Terus Rapatkan Saf, Perkukuh Kesatuan
Pasca-PAU 2026: UMNO Terus Rapatkan Saf, Perkukuh Kesatuan

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Seluruh keluarga UMNO perlu terus merapatkan saf, memperkukuh kesatuan dan bekerja lebih keras di setiap peringkat bagi memastikan agenda perjuangan parti dapat diterjemahkan melalui tindakan yang nyata.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata, pesanan tersebut antara perkara penting yang disampaikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerusi Ucapan Penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026.
Menurut beliau, seruan Presiden itu tidak seharusnya sekadar menjadi kata-kata, sebaliknya perlu diterjemahkan kepada gerak kerja yang tersusun, berterusan dan bersungguh-sungguh oleh seluruh jentera parti di semua peringkat.
“Pesanan Presiden supaya seluruh keluarga UMNO terus merapatkan saf, memperkukuh kesatuan dan bekerja lebih keras perlu diterjemahkan dengan tindakan di setiap peringkat.
“Tidak kira di peringkat pusat, negeri, bahagian mahupun akar umbi, setiap anggota perlu memainkan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Hargai Komitmen Seluruh Keluarga Besar Jayakan PAU 2026
- Malaysia Biru Lambang Tawaran Baharu UMNO/BN
- Presiden Beri Mandat Pemuda UMNO Gerakkan Himpunan Perpaduan Ummah
Beliau berkata demikian selepas bersama para perwakilan mengikuti Ucapan Penggulungan Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026 pada Sabtu.
Mohd Zaidy berkata, kesatuan merupakan kekuatan utama parti dalam mendepani cabaran politik negara, khususnya dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-16.
Katanya, dalam suasana politik yang semakin mencabar, UMNO perlu mengutamakan kebersamaan, mengelakkan perpecahan serta memperkukuh hubungan antara kepimpinan dan akar umbi.
“Rapatkan saf, kukuhkan kesatuan dan tingkatkan usaha. Inilah masanya seluruh jentera UMNO bergerak dengan lebih tersusun dan bekerja lebih keras demi memastikan perjuangan parti terus relevan serta mendapat kepercayaan rakyat,” katanya.
Menurut beliau, perjuangan UMNO bukan semata-mata untuk kepentingan parti, tetapi membawa amanah yang lebih besar demi agama, bangsa, tanah air serta masa depan generasi akan datang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Formula Agenda BIRU, Ikat Rakyat Melalui Khidmat – Wan Rosdy
- Kerjasama Bukan Penyerahan, UMNO Tidak Gadai Prinsip – Ahmad Zahid
- Bina Kekuatan Sendiri, Jangan Harap Ehsan Parti Lain – Tokmat Hasan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Beliau turut menegaskan keyakinannya bahawa dengan kesatuan dan komitmen seluruh anggota parti, UMNO mampu terus mara memperkukuh perjuangan dan membawa Agenda Malaysia Biru.
“Insya-Allah, dengan kebersamaan dan keikhlasan seluruh jentera, kita terus mara. UMNO bangkit, Barisan Nasional bangkit,” katanya. – UMNO Online
Pasca-PAU 2026: UMNO Terus Rapatkan Saf, Perkukuh Kesatuan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Agenda Malaysia Biru Bukan Sekadar Slogan, Harapan Masa Depan Negara
- Jangan Jadikan Badan Penguatkuasa Senjata Politik… Ini Antara ‘Penyakit’ Negara
- Onn Hafiz Dinobat ‘Mr Autentik’ UMNO Malaysia – Zaidi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jasa UMNO Terus Dikenang… Mahasiswa Luar Negara Hargai Peluang Pendidikan
You must be logged in to post a comment.