Kapal bawa 243 penumpang hilang di laut Jawa Indonesia
Kapal bawa 243 penumpang hilang di laut Jawa Indonesia

JAKARTA – Sebuah kapal penumpang, Virgo Transport 8, yang membawa 243 penumpang dan anak kapal dilaporkan hilang di Laut Jawa, Indonesia awal Ahad ketika dalam pelayaran dari Surabaya di Jawa Timur ke Banjarmasin di Kalimantan Selatan, sekali gus mencetuskan operasi mencari dan menyelamat.
Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat (SAR) Banjarmasin I Putu Sudayana berkata pihaknya menerima makluman mengenai kehilangan kapal itu pada 4.10 pagi selepas hubungan komunikasi dengannya terputus kira-kira 2 pagi ketika cuaca buruk di Laut Jawa.
“Kami menerima laporan mengenai kehilangan hubungan dengan kapal itu dan segera mengerahkan anggota serta sebuah kapal pencarian ke arah anggaran posisi terakhirnya,” katanya dalam kenyataan pada hari ini.
Putu berkata, kapal berkenaan berlepas dari Surabaya pada Sabtu dan kali terakhir diketahui berada kira-kira 80 batu nautika dari pangkalan mencari dan menyelamat di Banjarmasin.
Beliau berkata, sebuah helikopter dan dua kapal penyelamat dikerahkan, dengan pasukan penyelamat menyelaras usaha bersama agensi lain untuk mengesan kapal berkenaan serta mereka yang berada di dalam kapal itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Hargai Komitmen Seluruh Keluarga Besar Jayakan PAU 2026
- Malaysia Biru Lambang Tawaran Baharu UMNO/BN
- Presiden Beri Mandat Pemuda UMNO Gerakkan Himpunan Perpaduan Ummah
Operasi mencari itu turut melibatkan tentera dan polis Indonesia, pihak berkuasa pelabuhan Banjarmasin serta ejen tempatan kapal berkenaan, katanya.
Beliau menggesa keluarga mereka yang berada di atas kapal dan orang ramai supaya kekal tenang dan bergantung kepada maklumat terkini rasmi memandangkan keadaan cuaca di kawasan pencarian terus dipantau. – Bernama
Kapal bawa 243 penumpang hilang di laut Jawa Indonesia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Agenda Malaysia Biru Bukan Sekadar Slogan, Harapan Masa Depan Negara
- Jangan Jadikan Badan Penguatkuasa Senjata Politik… Ini Antara ‘Penyakit’ Negara
- Onn Hafiz Dinobat ‘Mr Autentik’ UMNO Malaysia – Zaidi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jasa UMNO Terus Dikenang… Mahasiswa Luar Negara Hargai Peluang Pendidikan
You must be logged in to post a comment.