Kerjasama Bukan Penyerahan, UMNO Tidak Gadai Prinsip – Ahmad Zahid
Kerjasama Bukan Penyerahan, UMNO Tidak Gadai Prinsip – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 12 Sept – UMNO menegaskan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan tidak bermakna parti itu menyerahkan masa depan, identiti atau prinsip perjuangannya kepada mana-mana pihak.
Sebaliknya, kerjasama itu dibentuk atas amanah untuk memastikan kestabilan pentadbiran demi kepentingan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
“Kerjasama mentadbir negara tidak bermakna menyerahkan masa depan parti. Kerjasama bukan penyerahan. Saya ulang, kerjasama bukan penyerahan,” katanya ketika berucap pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2026, di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyertai kerjasama tersebut dengan pendirian untuk mengekalkan identiti parti selain terus berpegang kepada prinsip perjuangan.
“Tanpa kehilangan identiti, berunding tanpa menggadaikan prinsip, mencari persamaan sambil menghormati perbezaan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gerakkan Gelombang Biru, Menangi Kepercayaan Rakyat – Noraini
- Puteri UMNO Mahu Jadi Wadah Dipercayai Wanita Muda – Nurul Amal
- ‘Kalau Perlu RCI, Siasat Semua… Bukan UMNO Sahaja’
Pemuda UMNO Tegas Pertahan Kuasa Prerogatif Yang di-Pertuan Agong – Dr Akmal
Menurut beliau, pembentukan Kerajaan Perpaduan juga perlu dilihat berdasarkan asas sokongan yang membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Katanya, PH ketika itu mempunyai 82 kerusi manakala UMNO dan BN mempunyai 30 kerusi, menjadikan asas sokongan sebanyak 112 kerusi.
Beliau turut mendakwa tiga Ahli Parlimen yang ketika itu merupakan anggota PKR telah keluar daripada parti berkenaan, sekali gus memberi kesan terhadap angka asal tersebut.
“Walaupun jumlah kerusi bersama Kerajaan Perpaduan sekarang lebih majoriti mudah, tetapi ia adalah tambahan kepada asas yang ada.
“Jika kita di sini terkeluar, logiknya asas 112 kerusi pun telah tiada. Jadi mandat baharu mesti diperoleh,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya terdapat pihak yang mahu menamatkan kerjasama dengan UMNO, terdapat dua pilihan yang boleh dibuat, iaitu mendapatkan semula mandat rakyat melalui pilihan raya umum atau mengeluarkan UMNO secara rasmi dan mengemukakan undi tidak percaya di Dewan Rakyat.
“Pilihan cuma ada dua… satu, dapatkan semula mandat rakyat umum. Kedua, keluarkan kami secara rasmi dan buat undi tidak percaya di Dewan Rakyat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Puteri UMNO Wajar Diberi Jawapan, Keputusan Mengenai Had Usia – Wakil MKT
- Jangan Hilang Fokus, Terus Tumpu Kepercayaan Anak Muda – Hairi
- Bank Bakat Wanita Perlu Jadi Platform Lahir Calon Berpotensi
“Kalau berani, buatlah cepat. Kalau berani, bubarlah cepat,” katanya sambil disambut laungan bubar… bubar… bubar oleh perwakilan di Dewan Merdeka.
Beliau pada masa sama mengingatkan bahawa kerjasama membentuk Kerajaan Perpaduan dibuat berlandaskan amanah kenegaraan serta mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong.
“Matlamat utama UMNO dan BN adalah memastikan kestabilan pentadbiran negara demi kepentingan rakyat, bukannya mengorbankan perjuangan parti. Kerjasama kita bentuk atas amanah kenegaraan, patuh pada titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong.
“Niat kita apa? UMNO dan BN kita mahu wujudkan kestabilan pentadbiran demi kepentingan rakyat Malaysia keseluruhannya,” katanya.
Beliau pada masa sama mengingatkan pihak yang mencabar UMNO supaya keluar daripada Kerajaan Perpaduan agar tidak membuat tuntutan sedemikian secara sewenang-wenangnya.
“Jangan minta kita keluar daripada kerajaan. Mereka mencabar keluar daripada kerajaan kalau berani,” katanya.
Menurut beliau, pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia tidak boleh dipisahkan daripada peranan dan sokongan UMNO, termasuk sokongan parti itu terhadap Perdana Menteri. – UMNO Online
Kerjasama Bukan Penyerahan, UMNO Tidak Gadai Prinsip – Ahmad Zahid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda OKU Cerebral Palsy Sertai UMNO, Kenang Jasa Pejuang
- Kelantan Sedia ‘Wala’ Apa Juga Arahan Presiden UMNO – Zawawi
- Selangor Perlukan Kerajaan Tahu Destinasi, Bukan ‘Recalculating’ – Noorazli Said
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.