Jangan Hilang Fokus, Terus Tumpu Kepercayaan Anak Muda – Hairi
Jangan Hilang Fokus, Terus Tumpu Kepercayaan Anak Muda – Hairi

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Pergerakan Pemuda UMNO perlu menutup lembaran kisah lampau dan memberi tumpuan kepada realiti semasa serta keperluan generasi muda, khususnya dalam menghadapi pilihan raya yang boleh berlaku pada bila-bila masa.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd Hairi Mad Shah berkata, anak muda hari ini mahu mengetahui perkara yang mampu ditawarkan UMNO kepada mereka, termasuk peluang pekerjaan dan perumahan, berbanding hanya mengimbau sejarah perjuangan masa lalu.
Menurut beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Johor, perubahan landskap komunikasi turut menuntut Pemuda menggunakan pendekatan baharu kerana dunia politik kini turut dipengaruhi media sosial.
“Kita tidak boleh lagi bercerita melalui kedai ke kedai, ‘face to face’. Hari ini dengan adanya dunia tanpa sempadan, apabila pihak lawan lebih kuat di sana, kita tidak boleh duduk berdiam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2026, di sini petang tadi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Muhasabah, Lupakan Kekurangan Dan Kembali Bersatu – Ahmad Zahid
- UMNO Mesti Berdikari, Bangunkan Kekuatan Dengan Strategi Sendiri
- UMNO Terbuka Bekerjasama Demi Perjuangan Bangsa Dan Agama
Hairi seterusnya berkata Pemuda perlu menyedari bahawa kuasa politik penting bagi membolehkan parti menggubal dan melaksanakan dasar yang memberi manfaat kepada rakyat.
“Hari ini kita nak kuasa. Bila kita ada kuasa, kita boleh buat dasar. Bila kita ada kuasa, kita boleh gubal dasar,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan barisan Pemuda supaya sentiasa bersedia kerana pilihan raya boleh berlaku pada bila-bila masa.
“Pilihan raya ‘round the corner’. Bila-bila masa sahaja. Kalau kita tak ‘ready’, kita sekali lagi kehilangan kuasa,” katanya.
Beliau turut menegaskan kuasa diperlukan untuk meneruskan legasi yang diwariskan generasi terdahulu serta memastikan masa depan anak cucu terus terbela.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembali Berhimpun Di Rumah Bangsa, Perkukuh Saf – Ahmad Zahid
- ‘Rule of Law’ Tidak Boleh Ada Dua Piawaian
- Taklimat: Saranan, Hasrat Presiden Dirangkul Akar Umbi Segenap Lapisan
Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada seluruh Pergerakan Pemuda UMNO bahagian yang terus memberikan sokongan, semangat dan teguran membina bagi memastikan gerakan Pemuda terus bergerak secara tersusun dan bersatu.- UMNO Online
Jangan Hilang Fokus, Terus Tumpu Kepercayaan Anak Muda – Hairi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kelab UMNO Luar Negara Bakal Diformalisasikan Di Bawah Perlembagaan UMNO
- Puteri UMNO Terus Perkasakan Jentera, Bimbing Wanita Muda
- Pemuda UMNO Sedia Perkukuh Jentera, Perjuang Kepentingan Rakyat Hadapi PRU-16
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.