Idealogi UMNO Selamanya Sentrisme, Moderat

Idealogi UMNO Selamanya Sentrisme, Moderat

Idealogi UMNO Selamanya Sentrisme, Moderat

KUALA LUMPUR, 10 Sept – UMNO akan selamanya ‘centrist’, berideologi ‘sentrisme’ iaitu sebagai golongan dan kelompok tengah yang selamanya menyusuri jalan pertengahan, tegas Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sifat UMNO katanya, tidak akan condong ke kiri atau ke kanan dan Iltizam UMNO ialah mengimbangi antara idea dasar kiri dan kanan, sebagai sebuah parti kebangsaan yang moderat.

“Spektrum pendirian UMNO sangat jelas. Kita telah diuji berpuluh-puluh tahun dengan mengurus serta mentadbir negara dengan sikap, dasar, pendirian dan keutamaan yang sederhana, walaupun sebagai parti kebangsaan.

“Justeru, sesiapa sahaja yang ingin bekerjasama dengan UMNO, mesti menerima kesederhanaan dan sikap menengah UMNO. Anda tidak boleh memaksa ideologi konservatif atau radikal anda ke atas UMNO.

“Bangsa Melayu pula akan terus menjadi bangsa keindukan yang menyediakan ruang dan peluang untuk semua. Kami akan memastikan tanah air ini adalah tanah air untuk semua, makmur dan diuruskan dengan teliti, selari dengan apa yang terpasak dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Mohamad yang juga Menteri Luar Negeri.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dinobat Ketua Penerangan Bahagian Terbaik, Azmee Hargai Pengiktirafan


Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini, malam tadi.

Hadir sama barisan Naib Presiden, Ketua Wanita, Ketua Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO.

Jelasnya lagi kepada masyarakat rakan bukan Melayu dan bumiputera bukan Islam di Sabah dan Sarawak, Ikrar UMNO ialah Malaysia yang adil dan bersatu padu.

“Politik Melayu akan kami uruskan secara matang dan sama sekali tidak akan menjadi beban dan ancaman, mahupun penafian hak dan kepentingan kalian.

“Insya-Allah, Malaysia yang kita cita-citakan, ialah Malaysia yang aman sentosa dan saling melengkapi antara semua kaum jua,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bantu Parti, Perkukuh Keyakinan Rakyat – Sumali


Terdahulu, dalam ucapannya, Mohamad berpesan terbukanya ruang kerjasama pelbagai parti Melayu dalam pilihan raya, jangan sampai menyinggung pelbagai bangsa lain termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Jangan sesekali kita memikirkan konstituen kita hanya Melayu. Tindakan dan perilaku kita, jangan sesekali membuka ruang kerisauan, di kalangan rakyat Malaysia yang bukan Melayu dan rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak.

“Ingat, bila politik Malaysia ini ‘chaotic’ dan kacau bilau, kita memerlukan keyakinan bukan Melayu dan parti Sabah dan Sarawak untuk membentuk Kerajaan.

“Mereka sekarang telah menjadi kuasa penentu. Era kita menganggap mereka adalah deposit simpanan tetap telah tinggal menjadi kenangan,” katanya.

Tambahnya, ramai dari kalangan bukan Melayu di Sabah dan Sarawak yang bimbang ke mana Malaysia ini akan terarah, apabila jelas kelihatan politik Melayu Islam menjadi domain. – UMNO ONLINE

Idealogi UMNO Selamanya Sentrisme, Moderat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penyatuan Melayiu – Membaca Isyarat Presiden UMNO

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker