Bantu Parti, Perkukuh Keyakinan Rakyat – Sumali

Bantu Parti, Perkukuh Keyakinan Rakyat – Sumali

Bantu Parti, Perkukuh KeBantu Parti, Perkukuh Keyakinan Rakyat – Sumaliyakinan Rakyat – Sumali

KUALA LUMPUR, 8 Sept – Perwakilan Kelab UMNO Luar Negara disifatkan sebagai antara pemimpin masa depan parti yang perlu terus memainkan peranan membantu memperkukuh UMNO, khususnya dalam mendepani pertembungan persepsi di media sosial.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, platform media sosial kini memainkan peranan penting dalam membentuk persepsi masyarakat, terutama dalam usaha mendekati golongan pengundi muda.

Beliau yang juga ADUN Benut dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian berkata, seluruh perwakilan Kelab UMNO perlu bersama-sama membantu parti menerusi penggunaan media sosial secara lebih berkesan.

“Platform sosial media memang pertembungan persepsi amat kuat. Peranan penting bagaimana untuk santuni pengundi terutama pengundi muda untuk menyokong BN.

“Saya mohon kepada Kelab dan seluruh perwakilan, inilah masa dan ketikanya untuk sama-sama membantu parti dengan menggunakan media sosial,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Multaqa Ilmuwan Islam Kukuhkan Kesepakatan Ummah


Beliau berkata demikian ketika berkongsi sejarah perjuangan UMNO bersama perwakilan Kelab UMNO Luar Negara sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, di sini.

Pada pertemuan itu, Sumali turut membuka ruang kepada perwakilan untuk bertukar pandangan serta membincangkan isu semasa yang berkaitan dengan parti dan masyarakat.

Menurutnya, usaha membantu parti bukan sesuatu yang mudah, namun ia juga bukan perkara yang mustahil sekiranya dilakukan secara bersama.

Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap kehadiran perwakilan Kelab UMNO Luar Negara yang disifatkannya sebagai aset penting kepada kesinambungan perjuangan parti.

“Syukur Alhamdulillah, saya lihat komen-komen di media sosial. Parti perlukan sumbangan semua untuk sama-sama membantu parti menambahkan lagi keyakinan rakyat kepada UMNO.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAU Pemuda UMNO Bakal Angkat Isu Anak Muda, Kerjasama Politik


“Mereka ini adalah pemimpin masa depan dan saya mohon kepada semua untuk terus membantu parti,” katanya.

Sumali turut menyeru perwakilan agar menjadi jurucakap kepada UMNO di luar sana serta berusaha menarik lebih ramai masyarakat untuk terus bersama parti.

Katanya, sebarang idea bagi memperkukuh kekuatan parti boleh disalurkan melalui pelbagai medium, termasuk platform media sosial. – UMNO Online

Bantu Parti, Perkukuh Keyakinan Rakyat – Sumali


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Skuad Sayang 3K Kebangsaan Sertai CDA Di Bawah APM – Noraini

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker