PAU 2026: Majlis Penerangan UMNO Angkat Naratif, Hargai ‘Pahlawan’ Media
PAU 2026: Majlis Penerangan UMNO Angkat Naratif, Hargai ‘Pahlawan’ Media

KUALA LUMPUR, 8 Sep – Sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026, Majlis Penerangan UMNO Malaysia melaksanakan inisiatif pengiktirafan berprestij bagi menghargai daya usaha, kreativiti, serta sumbangan para pahlawan media dan penerangan parti.
Majlis yang bertemakan “Mengangkat Naratif, Menghargai Perjuangan” ini bakal berlangsung esok di Dewan Tun Hussein Onn, World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.
Program tersebut adalah platform pengiktirafan rasmi kepada individu, pasukan, Bahagian, calon, serta penggiat media yang komited memperkasakan ekosistem Penerangan UMNO dan Barisan Nasional.
Sebanyak 12 kategori pencalonan dipertandingkan di samping sebuah anugerah khas, yang membabitkan seramai 20 penerima keseluruhan, 18 plak penghargaan, serta dua trofi utama.
Penganjuran majlis ini bertunjangkan empat objektif utama iaitu memberi pengiktirafan rasmi kepada pahlawan media dan jentera penerangan atas sumbangan mereka, di samping mendorong kualiti kerja melalui kriteria penilaian yang jelas, bukti yang boleh disahkan, serta proses penjurian tersusun.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama Politik UMNO Perlu Ambil Kira Mood Rakyat’
- Ismail Lasim Fokus Tadbir Negeri Sembilan, Junjung Taat Setia Kepada Tuanku Muhriz
Selain itu, program ini turut bermatlamat menyemarakkan penggunaan elemen baharu seperti teknologi AI, video, grafik, penulisan artikel, dan komunikasi calon, sekali gus memperkasakan struktur penerangan akar umbi dan pasukan media di setiap peringkat.
Majlis tersebut dijadual bermula seawal jam 10.00 pagi dengan Sesi Taklimat Isu Semasa yang disampaikan oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said, sebelum diteruskan dengan majlis pembukaan pengiktirafan.
Penyampaian anugerah dimulakan menerusi Blok 01 Suara dan Kreatif yang mengiktiraf Grafik atau Infografik Terbaik, Penulisan Politik Terbaik, Artikel Media Massa Terbaik, serta Video Penerangan Terbaik. Seterusnya, Blok 02 Inovasi dan Medan pula memberi penghormatan kepada Inovasi AI Penerangan Terbaik serta Media Calon Terbaik bagi PRN Johor dan PRN Negeri Sembilan.
Acara diteruskan dengan penyampaian Blok 03 Kepimpinan yang merangkumi pengiktirafan bagi 10 Penerangan Bahagian Terbaik serta Ketua Penerangan Bahagian Terbaik.
Acara mencapai kemuncaknya dengan pengumuman kategori utama iaitu Ikon Media Sosial Terbaik dengan keputusan undian langsung dilaksana di dalam dewan, selain penyerahan anugerah tertinggi Tokoh Penerangan UMNO.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU 2026 Bukan Sekadar Persidangan, Angkat Suara Akar Umbi
- Skuad Sayang 3K Jadi Nadi Sukarelawan PAU 2026 – Hisham Suhaily
Lebih istimewa, program ini bakal disertai Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sentiasa menyemarakkan gerak kerja Penerangan UMNO.
PAU 2026 akan berlangsung selama empat hari, bermula 9 hingga 12 September. – UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pra-PAU 2026: UMNO Jemput Keluarga Besar, Orang Ramai Hadir Dua Program Utama
- Persiapan Giat Dilaksana, Bakal Sambut Perwakilan PAU 2026
- PAU 2026: Medan Penentu Strategi Politik Masa Hadapan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAU Pemuda UMNO Bakal Angkat Isu Anak Muda, Kerjasama Politik
You must be logged in to post a comment.