Ismail Lasim Fokus Tadbir Negeri Sembilan, Junjung Taat Setia Kepada Tuanku Muhriz

Ismail Lasim Fokus Tadbir Negeri Sembilan, Junjung Taat Setia Kepada Tuanku Muhriz

Ismail Lasim Fokus Tadbir Negeri Sembilan, Junjung Taat Setia Kepada Tuanku Muhriz

SEREMBAN, 6 Sept – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menegaskan bahawa tumpuan beliau kini adalah untuk melaksanakan amanah sebagai Menteri Besar demi kepentingan rakyat dan kemajuan negeri.

Beliau berkata, kenyataan media YTM Undang Yang Empat bertarikh 5 September 2026 telah diambil maklum dan segala pandangan yang dizahirkan oleh mereka merupakan hak masing-masing.

“Saya mengambil maklum kenyataan media YTM Undang Yang Empat bertarikh 5 September 2026. Apa jua pandangan YTM Undang Yang Empat adalah hak mereka.

“Fokus saya kini adalah menjalankan amanah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan demi kepentingan rakyat dan negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini yang disiarkan di laman Facebook dan Threads beliau.

Dalam pada itu, Ismail turut menegaskan sokongan penuh kerajaan negeri serta taat setia kepada DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir selaku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

“Saya bersama kerajaan negeri menzahirkan sokongan penuh serta taat setia kepada DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,” katanya. – UMNO ONLINE

Ismail Lasim Fokus Tadbir Negeri Sembilan, Junjung Taat Setia Kepada Tuanku Muhriz


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAU: Puteri UMNO Bawa Gelombang Merah Jambu Sempena 25 Tahun Penubuhan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker