‘Kerjasama Politik UMNO Perlu Ambil Kira Mood Rakyat’
‘Kerjasama Politik UMNO Perlu Ambil Kira Mood Rakyat’

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad berpandangan kuasa membuat keputusan di peringkat negeri dalam menentukan kerjasama politik dan hala tuju pilihan raya perlu mengambil kira kepentingan Barisan Nasional (BN), UMNO serta kehendak rakyat.
Beliau berkata, mood dan kehendak rakyat ketika ini perlu menjadi antara pertimbangan utama dalam menentukan rakan kerjasama politik UMNO.
“Paling mustahaknya ialah mesti menguntungkan BN dan UMNO itu sendiri.
“Keduanya ialah mood rakyat ketika ini. Dengan siapa rakyat hendak tengok kita berkawan? Kajian-kajian dasar mesti dibuat dan saya rasa Pengerusi-pengerusi Perhubungan sudah tahu mood rakyat,” katanya ketika dihubungi UMNO Online.
Sementara itu, Dr Azhar berkata sebarang keputusan berkaitan kerjasama politik perlu dibuat menerusi perbincangan yang jujur dan ikhlas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU Cetus Semangat Juang, Keberanian Hadapi PRU Ke-16 – Ahmad Maslan
- Syahbuddin Terus Bawa Suara, Keperluan Rakyat Galas
- RCI TH: Menteri Bertanggungjawab Dari PH Juga Patut Disiasat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Multaqa Ilmuwan Islam, Konvensyen Pendidikan Melayu Buka Tirai PAU 2026
Katanya ia amat penting bagi memastikan kerjasama yang dibentuk tidak hanya bersandarkan kepentingan tertentu sebaliknya benar-benar mampu mencapai matlamat yang dipersetujui bersama.
“Jadi apa-apapun, walaupun kita pergi dengan A atau B, tetapi yang penting perbincangan mesti berlaku dengan keadaan jujur dan ikhlas. Kalau kita nak pergi dengan A atau B, tetapi hujung-hujungnya tidak ikhlas, tidak menjadi makna akhirnya.
“Sebab kita akan menghadapi pelbagai situasi. Yang pertama setelah pembahagian selesai kemudian lain-lain… kerana itu kena ada ikhlasan.
“…kerana kita bukan hendak kira hal-hal peribadi atau parti mana. Kita hendak membela rakyat, menjaga agama, bangsa dan negara.
“Kita tak boleh lari dari prinsip tu. Bukan semata-mata kita berjuang untuk parti tetapi pada masa yang sama amanah yang Tuhan bagi pada kita ini ialah untuk menguruskan watan,” ujar beliau.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU 2026 Medan Muhasabah, Perkukuh Hala Tuju Parti
- ‘Kalau Level Ceplos Tak Faham Asas Kewangan, Boleh Terima…’ – Dr Akmal
- Cari Titik Temu, Utamakan Masa Depan Ummah – Saifullah Ali
Berbeza Wadah, Satu Akidah: Dr Akmal Tekankan Semangat Ukhuwah
Terdahulu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada minggu lalu sebulat suara menyerahkan kepada kepimpinan UMNO di peringkat negeri mengadakan perbincangan dan rundingan dengan parti-parti politik yang bersedia untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya akan datang. – UMNO Online
‘Kerjasama Politik UMNO Perlu Ambil Kira Mood Rakyat’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Kelirukan Peruntukan Dengan ‘Overspend’ – Razlan
- Baju Oren OKS: Cadangan Pengerusi JKmR Diberi Perhatian
PAU: Puteri UMNO Bawa Gelombang Merah Jambu Sempena 25 Tahun Penubuhan
You must be logged in to post a comment.