PAU: Puteri UMNO Bawa Gelombang Merah Jambu Sempena 25 Tahun Penubuhan
PAU: Puteri UMNO Bawa Gelombang Merah Jambu Sempena 25 Tahun Penubuhan

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia, Shamellya Norazizi berpandangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 kali ini membawa kelainan tersendiri kepada sayap parti itu yang menyambut ulang tahun penubuhan ke-25 tahun.
Beliau berkata, ia menjadi momentum untuk Puteri UMNO terus membawa semangat dan gelombang merah jambu dengan menggalakkan lebih ramai golongan wanita muda hadir serta mengambil bahagian dalam PAU 2026.
“Tahun ini merupakan tahun ke-25 Puteri UMNO pada Ogos untuk itu kita juga membawa gelombang Puteri UMNO untuk wanita muda hadir ke PAU.
“Dalam pada masa yang sama Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi turut membuka ruang kepada wanita muda untuk berucap pada perwakilan PAU Puteri, yang saya kira sangat menarik perhatian mereka yang mungkin belum menjadi Puteri tetapi mahu memberikan idea dan pandangan yang lebih bernas untuk masa hadapan Puteri UMNO,” katanya.
Shamellya berkata demikian ketika Podcast #HitamPutihKelabu PAU Ke-80: Puteri 25 Tahun – Dari Pelengkap Kepada Penggerak yang disiarkan di Facebook UMNO Online.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU 2026 Medan Muhasabah, Perkukuh Hala Tuju Parti
- ‘Kalau Level Ceplos Tak Faham Asas Kewangan, Boleh Terima…’ – Dr Akmal
- Cari Titik Temu, Utamakan Masa Depan Ummah – Saifullah Ali
Berbeza Wadah, Satu Akidah: Dr Akmal Tekankan Semangat Ukhuwah
Sementara itu beliau turut menyifatkan kejayaan UMNO/Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan turut menambahkan lagi kemanisan PAU pada kali ini.
Menurut beliau lagi, ia juga sebagai platform menyemarakkan semula keyakinan dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga parti untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang.
“Ada satu lagi kemanisan yang kita bawa untuk PAU kali ini, iaitu kemenangan besar dengan gelombang biru di Johor dan Negeri Sembilan.
“Semangat itu masih ada lagi dan menebal kepada setiap ahli yang berkobar-kobar hadir ke PAU sebagai perwakilan, pemerhati mahupun penyokong yang turun sama mahu menonton dan mengikuti di sosial media semata-mata mahu mengambil tahu dan meraikan kemanisan tersebut,” ujar beliau. – UMNO Online
PAU: Puteri UMNO Bawa Gelombang Merah Jambu Sempena 25 Tahun Penubuhan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU Cetus Semangat Juang, Keberanian Hadapi PRU Ke-16 – Ahmad Maslan
- Syahbuddin Terus Bawa Suara, Keperluan Rakyat Galas
- RCI TH: Menteri Bertanggungjawab Dari PH Juga Patut Disiasat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Multaqa Ilmuwan Islam, Konvensyen Pendidikan Melayu Buka Tirai PAU 2026
You must be logged in to post a comment.