PAU Pemuda UMNO Bakal Angkat Isu Anak Muda, Kerjasama Politik
PAU Pemuda UMNO Bakal Angkat Isu Anak Muda, Kerjasama Politik

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2026 bakal menyaksikan pelbagai isu diketengahkan menfokuskan kepada suara anak muda, kata Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, Hafiz Ariffin.
Katanya, perkara tersebut termasuk menyentuh realiti kehidupan golongan muda, khususnya dalam aspek kos sara hidup serta cabaran yang dihadapi dalam kehidupan seharian.
“Medan PAU Pemuda adalah menyuarakan hasrat-hasrat orang muda berkaitan tentang dasar dan polisi yang melihat kepada kehidupan seharian mereka dalam aspek ekonomi, kos sara hidup, perumahan, kebajikan.
“… ini tetap menjadi tumpuan utama untuk kita bercakap walaupun keadaan politik yang ketika ini dalam keadaan yang serba serba mencabar,” katanya.
Hafiz berkata demikian ketika ditemui UMNO Online usai mengadakan raptai di Plaza Merdeka, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama Politik UMNO Perlu Ambil Kira Mood Rakyat’
- Ismail Lasim Fokus Tadbir Negeri Sembilan, Junjung Taat Setia Kepada Tuanku Muhriz
Sementara itu, beliau turut memaklumkan tumpuan lain yang bakal diberikan ialah hala tuju serta bentuk kerjasama politik parti pada masa hadapan.
Katanya, perkara itu perlu diperincikan susulan perubahan landskap politik semasa.
“Selain itu antara tumpuan yang bakal diberikan adalah bagaimana jalan ke hadapan bentuk kerjasama politik parti yang akan kita menteraikan.
“Kerana umumnya sedia maklum bahawa keadaan semasa melihat dinamika politik ini mula berubah dan peranan orang muda cukup didambakan.
“… seperti Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh sebut bahawa kita akan perincikan apa ketetapan Pemuda bagi agenda tersebut,” ujar beliau.
Dalam pada itu, Hafiz berkata PAU Pemuda UMNO dijangka berlangsung dengan penyertaan kumpulan pemerhati dari luar negara dan ‘kawan baharu’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Kelirukan Peruntukan Dengan ‘Overspend’ – Razlan
- Baju Oren OKS: Cadangan Pengerusi JKmR Diberi Perhatian
PAU: Puteri UMNO Bawa Gelombang Merah Jambu Sempena 25 Tahun Penubuhan
“Insya-Allah rakan-rakan daripada negara lain juga akan hadir dan kawan-kawan baharu yang lain… ini akan menjadi tumpuan.
“Kita tunggu masa hari perhimpunan, baru ada kejutan dan tengok siapa ‘kawan baharu’ kita,” katanya.
Untuk rekod, PAU kali ini menyaksikan kehadiran seramai 6,401 perwakilan, dengan 2,922 merupakan perwakilan UMNO induk, manakala Wanita UMNO seramai 1,163, Pemuda UMNO (1,171) dan Puteri UMNO (1,145).
Selain itu, gerai jualan membabitkan usahawan turut disediakan selain laman korporat akan beroperasi bermula 8 September selain pelbagai program lain. – UMNO Online
PAU Pemuda UMNO Bakal Angkat Isu Anak Muda, Kerjasama Politik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU 2026 Bukan Sekadar Persidangan, Angkat Suara Akar Umbi
- Skuad Sayang 3K Jadi Nadi Sukarelawan PAU 2026 – Hisham Suhaily
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.