Pakar Akademik Cadang AUKU Dipecah Kepada Dua

Pakar Akademik Cadang AUKU Dipecah Kepada Dua

Pakar Akademik Cadang AUKU Dipecah Kepada Dua

KUALA LUMPUR, 8 Sept – Presiden Majlis Profesor Negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Datuk Raduan Che Rose mencadangkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dipecahkan kepada dua akta berasingan bagi memperincikan aspek tadbir urus dan hak tanggungjawab.

Beliau berkata, pemisahan tersebut membolehkan aspek autonomi universiti diperincikan dengan lebih jelas supaya institusi pengajian tinggi awam dapat berkembang secara lebih dinamik dan relevan.

“Akta pertama khusus untuk pengurusan universiti awam yang dinamakan Akta Tadbir Urus dan Autonomi Universiti. Hal ehwal mengenai autonomi itu boleh kita perincikan supaya universiti menjadi lebih segar dan relevan kepada keperluan komuniti akademik.

“Kemudiannya yang dituntut oleh mahasiswa saya mencadangkan supaya akta kedua ini dinamakan sebagai Akta Hak Kebebasan dan Tanggungjawab Mahasiswa, sebab sifatnya sangat universal, rangkumkan sekali keseluruhan mahasiswa dalam negara yang berjumlah 1.3 juta orang.

“Jadi ada dua akta yang berbeza, iaitu Akta Tabir Urus dan Autonomi Universiti dan Akta Hak Kebebasan dan Tanggungjawab Mahasiswa,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAU Pemuda UMNO Bakal Angkat Isu Anak Muda, Kerjasama Politik


Beliau berkata demikian ketika membahaskan AUKU Dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Negara pada Konvensyen Pendidikan Melayu 2026 di sini, hari ini. Turut hadir Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi Konvensyen Pendidikan Melayu yang juga Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Pakar Akademik Cadang AUKU Dipecah Kepada Dua

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Profesor Datuk Dr Muhammad Shatar Shabran menyifatkan usaha KPT untuk memperkenalkan One Higher Education Act antara langkah bagi memastikan pembangunan mahasiswa meliputi aspek akademik, akhlak dan sahsiah secara lebih menyeluruh.

Menurut beliau, langkah tersebut bukan bertujuan untuk mengongkong mahasiswa atau menyekat kebebasan mereka, sebaliknya memastikan institusi pengajian tinggi melahirkan graduan yang seimbang.

“Tujuannya bukan untuk mengongkong, tujuannya bukan untuk mengamal, tetapi untuk memastikan setiap insan yang dilahirkan daripada IPT kita itu bukan sekadar hebat dalam bidang akademik, tetapi yang jauh lebih penting melahirkan insan yang mempunyai akhlak.

“Tujuan KPT bukan sekadar untuk mengeluarkan ijazah, diploma dan sebagainya tetapi yang jauh lebih penting untuk melahirkan graduan-graduan yang ada akhlak, ” katanya. – UMNO Online

Pakar Akademik Cadang AUKU Dipecah Kepada Dua


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Multaqa Ilmuwan Islam Kukuhkan Kesepakatan Ummah

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker