Taklimat: Saranan, Hasrat Presiden Dirangkul Akar Umbi Segenap Lapisan
Taklimat: Saranan, Hasrat Presiden Dirangkul Akar Umbi Segenap Lapisan

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Pengarah Komunikasi UMNO Negeri Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri percaya bahawa saranan dan hasrat yang telah disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika sesi taklimat bakal dirangkul akar umbi segenap lapisan.
Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Setar berkata, Ahmad Zahid turut menekankan agar solidariti dan penyatuan di antara pejuang parti perlu diperkukuhkan.
“Saya melihat Taklimat Presiden tahun ini ‘straight to the point’. Ini mungkin Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang terakhir sebelum menuju Pilihan Raya Umum (PRU). Dalam suasana politik hari ini, kita sendiri menyaksikan segala tekanan dan persepsi cuba dilemparkan kepada kepimpinan yang disifatkan sebagai naratif dosa-dosa lama Barisan Nasional (BN) di era kepimpinannya.
“Apa yang digarap oleh Presiden ialah keutamaan kepada penyatuan dan solidariti ahli serta akar umbi itu sendiri. Ini diperlukan supaya UMNO ini tidak lagi dipecah-pecahkan oleh naratif dan persepsi yang dimainkan. Matlamat kita jelas… untuk memberi tawaran yang terbaik khususnya pada rakyat.
“Dalam masa sama, beliau turut mengukir dan menitipkan agenda penyatuan yang lebih menyeluruh. Ia terbuka kepada semua yang mahu merangkul sendiri aspirasi penyatuan dan kolaborasi agung seperti yang disifatkan oleh Presiden. Saya percaya perhimpunan kali ini akan menetapkan hala tuju yang paling utama dalam mendepani fasa terakhir sebelum kita berdepan dengan pilihan raya,” katanya kepada UMNO Online.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Skuad Sayang 3K Kebangsaan Sertai CDA Di Bawah APM – Noraini
- Pakar Akademik Cadang AUKU Dipecah Kepada Dua
- PAU 2026: Teruskan Kebangkitan, Perkukuh Parti
Dalam pada itu, beliau menyifatkan Ahmad Zahid sebagai pemimpin UMNO dengan penuh keikhlasan sehingga parti mampu memperoleh kembali kekuatannya pada hari ini.

“Apa yang menyentuh tentang taklimat Presiden ini adalah kita melihat keikhlasan beliau sendiri memimpin parti ini daripada era kejatuhan sehingga kita berdiri pada hari ini.
“Saya percaya keikhlasan ini turut meresap ke dalam hati para perwakilan. Saya juga percaya saranan dan juga hasrat beliau ini bakal dirangkul oleh segenap lapisan, tidak terhad hanya di PAU ini, tetapi kepada akar umbi seluruh pelosok negara.
Mengulas lanjut, beliau turut berharap agar PAU pada kali ini akan berjalan dengan lancar dan tenang supaya segala intimidasi yang cuba dilakukan tidak mengganggu-gugat solidariti sesama ahli.
“Apa yang cuba disampaikan oleh Presiden, politik hari ini cukup dinamik, cair dan ‘fluid’ macam pasaran saham. Makanya, satu keputusan ‘doesn’t fits all’. Ia berbeza daripada segi rencam demografi politik negeri masing-masing. Persekutuan juga ada formula yang berbeza berbanding di negeri-negeri.
“Apa yang ada pada hari ini tidak sama dengan sebelum ini. Jadi, keputusan tersebut melihat kepada situasi semasa. Kalau kita masih mengekalkan formula, naratif dan tradisi lama, mungkin kita tidak akan mencapai keputusan yang ada hari ini. Di Johor terutamanya termasuk Negeri Sembilan, dan Melaka tidak lama lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pakar Akademik Cadang AUKU Dipecah Kepada Dua
- PAU 2026: Teruskan Kebangkitan, Perkukuh Parti
- Tujuh Resolusi Pendidikan Melayu 2026 Fokus Masa Depan Bumiputera
Skuad Sayang 3K Kebangsaan Sertai CDA Di Bawah APM – Noraini
“Harapan saya agar PAU pada tahun ini berjalan dengan begitu tenang supaya segala intimidasi yang cuba dilakukan terhadap kita, tidak mengganggu-gugat solidariti dan perasaan kita.
“Kita juga berharap agar pada penghujungnya nanti, kita akan kembali ke kawasan masing-masing dan menyiapkan diri menghadapi pilihan raya yang mungkin berlaku pada bila-bila masa sahaja,” katanya lagi. – UMNO Online
Oleh: Nuralyaa Izzati Azman
Taklimat: Saranan, Hasrat Presiden Dirangkul Akar Umbi Segenap Lapisan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU 2026: Lebih 111 Reruai Usahawan Warnai WTCKL
- UMNO Tegas Pertahan Kuasa Pengampunan Yang Di-Pertuan Agong
- PAU 2026: UMNO Kembali Kepada Amanah Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dinobat Ketua Penerangan Bahagian Terbaik, Azmee Hargai Pengiktirafan
You must be logged in to post a comment.