Puteri UMNO Wajar Diberi Jawapan, Keputusan Mengenai Had Usia – Wakil MKT

Puteri UMNO Wajar Diberi Jawapan, Keputusan Mengenai Had Usia – Wakil MKT

Puteri UMNO Wajar Diberi Jawapan, Keputusan Mengenai Had Usia – Wakil MKT

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO perlu memberikan jawapan yang jelas terhadap tuntutan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia berhubung isu had usia 35 tahun bagi anggota pergerakan itu.

Ahli MKT UMNO, Datuk Muhammad Alamin berkata, perkara berkenaan telah mendapat perhatian di peringkat kepimpinan tertinggi parti dan akan dibawa untuk dibincangkan dalam mesyuarat MKT.

“Hasrat serta tuntutan sebenar Puteri UMNO akan disampaikan kepada MKT supaya persoalan yang telah lama dibangkitkan itu tidak terus tergantung tanpa penyelesaian. Insya-Allah malam ini kami akan sampaikan hasrat sebenar Puteri UMNO Malaysia yang meminta jawapan daripada MKT mengenai isu 35 tahun.

“Kami akan melaporkan dan menyampaikan hasrat serta tuntutan ini kepada MKT. Kalau benar perkara ini menjadi tuntutan Puteri, maka kita akan sampaikan laporan ini untuk mendapatkan perhatian dan tindakan selanjutnya.

“Ia memerlukan satu pengalaman yang harus dipertahankan. Jangan sampai pengalaman itu hilang hanya kerana organisasi gagal menyediakan ruang untuk meneruskannya. Bagi kami, usia bukan suatu penghalang untuk meneruskan perjuangan demi memartabatkan UMNO dan memperjuangkan nasib rakyat,” katanya pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung Puteri UMNO di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Idealogi UMNO Selamanya Sentrisme, Moderat


Muhammad yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menjelaskan, sekiranya pelbagai kajian, penyelidikan dan tinjauan telah dilakukan berkaitan isu tersebut, kepimpinan parti perlu memberikan respons yang sewajarnya terhadap persoalan yang dibangkitkan.

Puteri UMNO Wajar Diberi Jawapan, Keputusan Mengenai Had Usia – Wakil MKT

“Kalau dah macam-macam kajian dibuat, ‘research’ dan ‘survey’ telah dibuat, maka kepimpinan harus beri respons. MKT harus beri jawapan kepada persoalan ini. Jangan biarkan ia tergantung-gantung. Kita difahamkan sejak tahun lalu perkara ini sudah pun disuarakan dalam persidangan Puteri,” katanya lagi.

Dalam pada itu, kata Ketua UMNO Bahagian Kimanis itu lagi, generasi muda hari ini lebih mementingkan isu seperti pekerjaan, perumahan, pendidikan, kemahiran, peluang ekonomi digital serta kebajikan ibu tunggal perlu diberikan perhatian serius dalam perjuangan politik UMNO.

“Ada yang bercakap soal pekerjaan, perumahan, pendidikan, kemahiran, peluang dalam ekonomi digital dan pelbagai isu lain termasuk nasib ibu tunggal. Semua ini harus diperhatikan dalam perjuangan kita.

“Generasi muda hari ini tidak mahu politik yang sentiasa hidup daripada kemarahan dan dendam. Mereka mahu melihat apa yang boleh kita tawarkan untuk kehidupan mereka,” jelasnya.

Beliau berkata, golongan muda mahu melihat bagaimana politik mampu membawa perubahan serta memberikan makna yang nyata kepada kehidupan mereka, bukan sekadar menawarkan slogan ketika musim pilihan raya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Penyatuan Melayiu – Membaca Isyarat Presiden UMNO


“Penegasan Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi bahawa pergerakan tersebut perlu menjadi jambatan dan bukannya tembok pemisah, sambil menegaskan mesej berkenaan perlu dibawa keluar daripada dewan persidangan kepada masyarakat.

“Kita harus dengar suara itu dengan lebih luas. Kita harus sampaikan suara tersebut keluar supaya orang muda di luar sana tahu bahawa Puteri UMNO peduli tentang nasib mereka,” ujarnya. – UMNO Online

Puteri UMNO Wajar Diberi Jawapan, Keputusan Mengenai Had Usia – Wakil MKT


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Terus Beri Ruang Anak Muda Cetus Pembaharuan – Johari

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker