Puteri UMNO Terus Perkasakan Jentera, Bimbing Wanita Muda

Puteri UMNO Terus Perkasakan Jentera, Bimbing Wanita Muda

Puteri UMNO Terus Perkasakan Jentera, Bimbing Wanita Muda

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Kesiapsiagaan Pergerakan Puteri UMNO Kelantan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) akan diperkukuhkan menerusi lima fokus utama bagi memastikan jentera parti berada dalam keadaan terbaik dan mampu digerakkan pada bila-bila masa.

Wakil Puteri UMNO Kelantan, Nik Nur Amilia Ahmad berkata, fokus berkenaan meliputi pengukuhan jentera hingga ke peringkat cawangan, pendekatan terhadap pengundi muda, penguasaan media sosial, kerja kebajikan serta pengukuhan perpaduan dalam parti.

Menurutnya, aspek pertama yang perlu diberi perhatian ialah memperkukuhkan jentera sehingga ke peringkat akar umbi dengan memastikan setiap anggota Puteri memahami peranan, kawasan tanggungjawab serta bersedia melaksanakan tugasan apabila diperlukan.

“Sentiasa mendekati pengundi muda, khususnya pengundi baharu. Kita perlu hadir dengan bahasa yang mereka fahami, mendengar suara mereka dan menawarkan penyelesaian terhadap isu pekerjaan, pendidikan, kos sara hidup, keusahawanan serta peluang ekonomi.

“Memperkasakan penguasaan media sosial dan komunikasi digital. Pertembungan hari ini bukan sahaja berlaku di pentas ceramah, malah di telefon pintar rakyat. Puteri menjadi penyampai maklumat yang berfakta, berhemah dan pantas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Penyatuan Melayiu – Membaca Isyarat Presiden UMNO


“Memperkukuhkan kerja kebajikan. Kehadiran Puteri mesti dirasai ketika rakyat memerlukan bantuan, bukan hanya ketika musim pilihan raya. Khidmat yang ikhlas akan membina kepercayaan yang berkekalan dalam masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berbahas pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, fokus kelima ialah mengukuhkan perpaduan dalam parti kerana kekuatan jentera dan kesatuan seluruh anggota menjadi asas penting untuk menghadapi PRU-16.

“Tiada kemenangan tanpa kesatuan. Puteri Kelantan komited dalam bekerjasama dengan semua peringkat kepimpinan, Wanita, Pemuda dan seluruh jentera demi memastikan gerak kerja berjalan seiring,” jelasnya.

Turut hadir Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Nur Jazlan Mohamed; Datuk Mohamad Alamin dan Datuk Yakub Khan serta perwakilan Puteri UMNO.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dinobat Ketua Penerangan Bahagian Terbaik, Azmee Hargai Pengiktirafan


Sementara itu bagi perwakilan Puteri UMNO dari Sabah, Noratika Awang mencadangkan sempena 25 tahun Puteri UMNO, mewujudkan program Mentor 25 Puteri.

Puteri UMNO Terus Perkasakan Jentera, Bimbing Wanita Muda

“Kita kumpulkan 25 wanita atau usahawan berjaya untuk menjadi mentor kepada wanita muda yang baru memulakan perniagaan. Bimbing mereka bukan sehari, bukan sebulan. Tetapi enam hingga setahun sehingga mereka benar-benar mampu berdiri sendiri.

“Apabila mereka sudah berjaya, mereka pula membantu wanita muda yang lain. Itulah ekonomi yang kita mahu dan ekonomi tersebut akan berpusing dan berkembang dalam kalangan wanita muda sendiri.

“Kita mahu wanita muda mempunyai suara. Kita mahu mereka mempunyai ilmu. Kita mahu mereka mempunyai Kemahiran. Dan yang paling penting kita mahu wanita muda mempunyai kekuatan ekonomi,” ujarnya.

Ujarnya lagi, wanita muda bukan sekadar pelengkap, tetapi sebagai penggerak dengan keberanian, keyakinan dan berjuang untuk masa hadapan. – UMNO Online

Puteri UMNO Terus Perkasakan Jentera, Bimbing Wanita Muda


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Idealogi UMNO Selamanya Sentrisme, Moderat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker