Gerakkan Gelombang Biru, Menangi Kepercayaan Rakyat – Noraini
Gerakkan Gelombang Biru, Menangi Kepercayaan Rakyat – Noraini

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menyeru jentera Wanita UMNO agar terus menggerakkan kekuatan akar umbi bagi membina semula kepercayaan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata kepercayaan rakyat merupakan asas penting untuk memastikan UMNO/BN kembali mendapat sokongan sekaligus mampu mencapai kemenangan pada pilihan raya akan datang.
“Ini semua adalah soal kepercayaan… seperti apa yang saya katakan, kepercayaan rakyat kepada UMNO/BN dan pemimpin kita untuk bekerja dan menunaikan amanah.
“Bila biru makin kuat kepercayaan semakin besar insya-Allah, kemenangan makin dekat,” katanya
Noraini berkata demikian ketika sesi penggulungan Perhimpunan Agung Wanita UMNO di Dewan Merdeka, di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kelab UMNO Luar Negara Bakal Diformalisasikan Di Bawah Perlembagaan UMNO
- Puteri UMNO Terus Perkasakan Jentera, Bimbing Wanita Muda
- Pemuda UMNO Sedia Perkukuh Jentera, Perjuang Kepentingan Rakyat Hadapi PRU-16
Noraini turut mengingatkan Wanita UMNO supaya tidak hanya menunggu perkembangan politik, sebaliknya terus menggerakkan jentera di peringkat cawangan dan Pusat Daerah Mengundi (PDM).
Katanya, ini kerana kekuatan yang dibina di peringkat akar umbi penting bagi memastikan jentera bersedia untuk turun ke medan pilihan raya.
“Wanita UMNO jangan menunggu gelombang… kita yang gerakkan gelombang bawa semangat, keyakinan dan terus bekerja gerakkan cawangan, PDM meskipun sudah ada yang kuat, kita yakinkan rakyat.

“…kerana apabila sudah tiba masanya apabila kita turun ke medan pilihan raya, kita turun dengan satu tekad. Apa yang berlaku di Melaka tidak terhenti di sini kerana keputusannya akan memberi kesan kepada pilihan raya yang akan datang,” ujar beliau.
Noraini dalam pada itu turut menyeru Wanita UMNO supaya membawa pulang amanah untuk terus mendekati rakyat sebaik mungkin.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Muhasabah, Lupakan Kekurangan Dan Kembali Bersatu – Ahmad Zahid
- UMNO Mesti Berdikari, Bangunkan Kekuatan Dengan Strategi Sendiri
- UMNO Terbuka Bekerjasama Demi Perjuangan Bangsa Dan Agama
“Hari ini kita datang membawa suara rakyat. Pulanglah dengan membawa tugas untuk memenangi kepercayaan mereka.
“Dari Dewan Merdeka, kita bergerak ke Melaka. Dari Melaka, kita susun kekuatan menuju PRU16.
“Apabila semboyan pilihan raya dibunyikan, biarlah seluruh negara melihat bahawa Wanita UMNO sudah berada di medan perang,” katanya. – UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Puteri UMNO Wajar Diberi Jawapan, Keputusan Mengenai Had Usia – Wakil MKT
- Jangan Hilang Fokus, Terus Tumpu Kepercayaan Anak Muda – Hairi
- Bank Bakat Wanita Perlu Jadi Platform Lahir Calon Berpotensi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.