Pemuda UMNO Tegas Pertahan Kuasa Prerogatif Yang di-Pertuan Agong – Dr Akmal
Pemuda UMNO Tegas Pertahan Kuasa Prerogatif Yang di-Pertuan Agong – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Pemuda UMNO menegaskan pendirian untuk mempertahankan hak dan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong, termasuk dalam perkara berkaitan pengampunan dan hukuman yang telah diputuskan mahkamah.
Dalam ucapannya, beliau berkata keputusan mahkamah perlu dihormati, namun pada masa sama masyarakat tidak seharusnya mempertikaikan kuasa prerogatif yang diperuntukkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Mahkamah dah putuskan, tak apalah, jalanlah. Tetapi selain daripada hukuman mahkamah, kita ada kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong. Jangan sesekali kamu cabar kuasa Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong ada hak dan tidak ada siapa pun boleh mempertikaikannya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2026, di sini, petang tadi.
Akmal turut menegaskan bahawa pergerakan akan berdiri bersama institusi diraja dalam mempertahankan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong daripada sebarang usaha untuk mencabar atau mempersoalkannya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kelab UMNO Luar Negara Bakal Diformalisasikan Di Bawah Perlembagaan UMNO
- Puteri UMNO Terus Perkasakan Jentera, Bimbing Wanita Muda
- Pemuda UMNO Sedia Perkukuh Jentera, Perjuang Kepentingan Rakyat Hadapi PRU-16
“Pemuda UMNO akan bersama-sama dengan Yang di-Pertuan Agong untuk mempertahankan hak dan kuasa Yang di-Pertuan Agong. Jika ada mana-mana individu ataupun organisasi yang cuba mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong, ini janji Pemuda, kami akan berhimpun dan lawan sehingga ke penghujung,” tegasnya.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata UMNO tidak pernah melupakan jasa dan sumbangan pemimpin parti, malah akan terus memberikan sokongan moral kepada mereka yang berdepan tekanan selagi belum dibuktikan bersalah.
“UMNO tak pernah lupa pada jasa pimpinan. UMNO tak pernah lupa pada pemimpin kita. Ini UMNO,” tambahnya.
Menurut beliau, sokongan kepada pemimpin tidak bermakna ahli UMNO menolak keputusan mahkamah, sebaliknya prinsip keadilan perlu ditegakkan sehingga seseorang itu benar-benar diputuskan bersalah.
“Kita tak pernah mempersenda keputusan mahkamah. Kita hormat keputusan mahkamah. Pemimpin kita belum lagi dibuktikan bersalah. Apa pun dia nak tekan kita, tekanlah. Kami Pemuda UMNO tak akan pernah berganjak dengan pendirian kita,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Muhasabah, Lupakan Kekurangan Dan Kembali Bersatu – Ahmad Zahid
- UMNO Mesti Berdikari, Bangunkan Kekuatan Dengan Strategi Sendiri
- UMNO Terbuka Bekerjasama Demi Perjuangan Bangsa Dan Agama
Beliau turut menegaskan semangat setia kawan menjadi prinsip perjuangan UMNO yang tidak akan meninggalkan pemimpin ketika berdepan cabaran.
“Orang UMNO ini susah senang bersama. Bukan senang bersama, susah kita lari tinggalkan kawan kita. Kita tak pernah tinggalkan kawan kita,” katanya. – UMNO Online
Pemuda UMNO Tegas Pertahan Kuasa Prerogatif Yang di-Pertuan Agong – Dr Akmal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Puteri UMNO Wajar Diberi Jawapan, Keputusan Mengenai Had Usia – Wakil MKT
- Jangan Hilang Fokus, Terus Tumpu Kepercayaan Anak Muda – Hairi
- Bank Bakat Wanita Perlu Jadi Platform Lahir Calon Berpotensi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.