‘Hanya UMNO Layak Perjuang Penyatuan Melayu’ – Khaled
‘Hanya UMNO Layak Perjuang Penyatuan Melayu’ – Khaled

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berpandangan hanya UMNO merupakan parti yang paling layak memperjuangkan agenda penyatuan Melayu.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata meskipun begitu masih terdapat suara sumbang yang mendakwa usaha penyatuan Melayu sebagai sesuatu yang rasis serta boleh menyebabkan bangsa lain berasa terancam dan tidak selamat.
“Bila orang Melayu nak bersatu, akan terdengar banyak suara sumbang. Ada orang menuduh bahawa penyatuan Melayu ini adalah sesuatu yang rasis. Ada yang mendakwa ia adalah gerakan yang menyebabkan bangsa lain terancam dan berasa tidak selamat.
“Tugas kita ialah meyakinkan semua bahawa penyatuan orang Melayu tidak pernah dan tidak akan sesekali dibina dengan menjatuhkan orang lain.
“Ia akan diusahakan dengan cara yang membawa keyakinan dan kepercayaan,
bukan dengan cara yang ekstrem, cara yang menakutkan ataupun cara yang tidak waras.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Puteri UMNO Wajar Diberi Jawapan, Keputusan Mengenai Had Usia – Wakil MKT
- Jangan Hilang Fokus, Terus Tumpu Kepercayaan Anak Muda – Hairi
- Bank Bakat Wanita Perlu Jadi Platform Lahir Calon Berpotensi
“Dan untuk memperjuangkan soal ini, penyatuan Melayu, tidak ada parti yang lain yang layak memperjuangkan penyatuan Melayu selain daripada UMNO, bukan parti Melayu yang lain,” katanya.
Khaled berkata demikian ketika sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Dewan Merdeka, di sini hari ini.
Sementara itu beliau turut sama berpandangan pertahanan negara hari ini tidak cukup dengan hanya memiliki aset yang tercanggih atau kesiagaan anggota tentera semata-mata.
Sebaliknya, kata beliau negara perlu membangunkan ketahanan rakyat yang menjadi salah satu komponen penting dalam memperkukuh ketahanan negara.
“Ia merujuk kepada keupayaan rakyat menghadapi cabaran atau krisis. Rakyat mampu menyesuaikan diri, bangkit semula dan terus berfungsi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kelab UMNO Luar Negara Bakal Diformalisasikan Di Bawah Perlembagaan UMNO
- Puteri UMNO Terus Perkasakan Jentera, Bimbing Wanita Muda
- Pemuda UMNO Sedia Perkukuh Jentera, Perjuang Kepentingan Rakyat Hadapi PRU-16
“Ketahanan rakyat adalah satu pencegahan yang kredibel, yang mampu menjadi benteng dan perisai yang kuat kepada negara apabila berhadapan dengan ancaman.
“Di sinilah UMNO sebagai sebuah parti politik boleh memainkan peranan. Kita mesti bersama-sama menyumbang kepada usaha untuk membangunkan ketahanan rakyat dan seterusnya pertahanan negara.
“Kita bukan nak suruh rakyat angkat senjata. Tetapi kita mahu rakyat dibentuk dan dipupuk sikap dan nilai yang betul untuk mengurus ancaman dan juga cabaran, seperti nilai patriotisme dan juga kecintaan kepada negara,” ujar beliau. – UMNO Online
‘Hanya UMNO Layak Perjuang Penyatuan Melayu’ – Khaled
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gerakkan Gelombang Biru, Menangi Kepercayaan Rakyat – Noraini
- Puteri UMNO Mahu Jadi Wadah Dipercayai Wanita Muda – Nurul Amal
- ‘Kalau Perlu RCI, Siasat Semua… Bukan UMNO Sahaja’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda UMNO Tegas Pertahan Kuasa Prerogatif Yang di-Pertuan Agong – Dr Akmal
You must be logged in to post a comment.