Amanat Presiden Perjelas Arah Perjuangan UMNO – Muhamad Khizri
Amanat Presiden Perjelas Arah Perjuangan UMNO – Muhamad Khizri

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim menyifatkan ucapan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai antara ucapan terbaik yang pernah disampaikan oleh Presiden parti, selain mengandungi hala tuju yang jelas mengenai masa depan negara.
Beliau berkata, pandangan tersebut turut dikongsi majoriti perwakilan yang hadir mendengar amanat dan ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Saya berkongsi pandangan keseluruhan perwakilan yang hadir mendengar amanat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan mengatakan bahawa ucapan itu adalah ucapan terbaik Presiden UMNO yang kita pernah miliki.
“Saya sangat menyokong pandangan ini kerana pada saya, itu adalah ucapan yang sangat baik. Ia lahir daripada hati dengan penuh keikhlasan serta menyeluruh dalam menyentuh pelbagai perkara, khususnya mengenai masa depan Malaysia,” katanya.
Mengulas lanjut kata Muhammad Khizri lagi, terdapat lapan inisiatif yang digariskan oleh Presiden UMNO menerusi Agenda Malaysia Baru.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU 2026 Berakhir, Kerja Sebenar UMNO Kini Bermula – Azalina
- PAU 2026 Suntik Semangat UMNO Melaka – Rais
- Presiden UMNO Suntik Semangat Baharu – Hairi
“Lapan inisiatif yang digariskan menerusi Agenda Malaysia Biru merupakan satu rangkuman yang padat dan perlu diteliti serta diterjemahkan kepada tindakan.
“Ia patut dan sepatutnya disahut oleh semua golongan dan lapisan masyarakat yang ada di Malaysia ini,” katanya lagi.
Tambah beliau, UMNO perlu bersikap realistik dengan kedudukan politik semasa dan mengakui bahawa parti tidak mungkin dapat bangkit daripada kekalahan besar dalam tempoh singkat sekiranya bergerak bersendirian.

“Walaupun ada suara-suara yang masih belum faham tentang Grand Collaboration ini, saya nampak kebanyakan perwakilan dan bahagian dalam UMNO sudah boleh menerima Grand Collaboration yang dicadangkan oleh Presiden.
“UMNO perlu sedar bahawa untuk bangun daripada kekalahan dan kita jatuh dengan begitu teruk, mustahil sama sekali untuk kita berdiri sendiri dalam waktu yang singkat,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan strategi yang diketengahkan Presiden UMNO berhubung Grand Collaboration sebagai langkah yang matang, bijak dan dinamik dalam usaha memastikan UMNO terus mempunyai kedudukan kukuh dalam persada politik negara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU 2026 Selesai, Amanat Perjuangan Terjemah Kepada Tindakan – Sharif Musa
- Agenda Malaysia Biru Cerminan Hala Tuju UMNO/BN
- Pasca-PAU 2026: UMNO Terus Rapatkan Saf, Perkukuh Kesatuan
Menerokai Maksud Tersirat Agenda Malaysia Biru Dan Tafahum Siayasi
“Kerjasama dengan rakan politik yang sesuai amat penting bagi membolehkan UMNO kembali memainkan peranan lebih besar serta berpotensi kembali menerajui kerajaan dalam tempoh yang akan datang.
“Ini adalah satu strategi yang sangat matang, bijak dan penuh dinamik.Kita perlu ada rakan gabungan yang baik untuk kita terus berada di persada politik Malaysia, apatah lagi untuk kembali sebagai parti yang menerajui kerajaan dalam waktu yang terdekat ini,” ujarnya lagi. – UMNO Online
Amanat Presiden Perjelas Arah Perjuangan UMNO – Muhamad Khizri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU 2026 Selesai, Amanah Dan Tanggungjawab Terus Berjalan – Tengku Adnan
- Pasca-PAU 2026: Keluarga UMNO Labuan Satukan Saf Hadapi PRU-16
- Kerugian Pelaburan Jadi Seksyen 403… Siapa Menteri Berani Membuat Keputusan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.