Bola api misteri melayang waktu malam

Bola api misteri melayang waktu malam

Bola api misteri melayang waktu malam
TANGKAP layar video menunjukkan bebola api misteri melayang-layang di atas rumah penduduk tempatan pada waktu malam. – Instagram

JAKARTA – Penduduk sebuah perkampungan di Klaten, wilayah Jawa Tengah digemparkan dengan kemunculan bola api misteri melayang-layang di udara pada waktu malam, lapor laman berita Lambe Turah.

Kejadian berlaku di Desa Barukan sekitar pukul 9 malam (waktu tempatan) hingga 10.30 malam, baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @merapi_uncover menunjukkan cahaya misteri berwarna merah itu terbang sendiri tanpa tali atau alat bantuan lain, dari arah utara ke selatan sebelum hilang.

Seorang penduduk dikenali sebagai Sukirno berkata, bola api itu boleh dikesan di lokasi dan masa yang berbeza.

“Di sini pukul 11 malam, di sana (barat) pukul 8 malam, di utara pula pukul 6.30 petang. Bentuknya seperti bola berwarna merah dan mula hilang selepas empat minit,” katanya.

Ketua Polis Manisrenggo, AKP Sarwoko menasihati orang ramai agar kekal tenang dan tidak mempercayai spekulasi yang dikaitkan dengan unsur mistik. – AGENSI


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agenda Malaysia Biru Buka Laluan Pendekatan Pentadbiran Lebih Baik

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker