Berbeza Wadah, Jangan Berpecah Ummah – Saifullah

Berbeza Wadah, Jangan Berpecah Ummah – Saifullah

Berbeza Wadah, Jangan Berpecah Ummah – Saifullah

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Muhammad Saifullah Ali menyifatkan kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung Himpunan Perpaduan Ummah yang terbuka kepada semua pihak sebagai satu pendekatan yang wajar dilihat dalam konteks realiti masyarakat di Kelantan.

Menurut beliau, Kelantan mempunyai sejarah dan pengalaman tersendiri dalam membentuk kehidupan masyarakat yang berteraskan nilai agama, budaya Melayu serta semangat bermasyarakat.

Katanya, dalam konteks negeri itu, perpaduan ummah tidak seharusnya sekadar menjadi slogan atau terhad kepada mana-mana parti politik semata-mata.

“Kalau benar matlamatnya adalah untuk menyatukan ummah, maka pendekatannya juga perlu merangkumi seluruh masyarakat tanpa mengira parti, organisasi, latar belakang dan perbezaan pandangan politik.

“Kelantan boleh menjadi contoh bahawa perbezaan politik tidak semestinya menjadi penghalang kepada kerjasama dalam perkara yang menyentuh kepentingan rakyat, agama dan negeri,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jasa Najib Tidak Harus Dipinggirkan – Norliza


Saifullah yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh menjelaskan, UMNO dan Pas mungkin menjadi antara penggerak utama usaha tersebut, namun jika ia benar-benar mahu membawa nama ‘Perpaduan Ummah’, ruang yang disediakan mestilah cukup luas untuk melibatkan semua pihak.

“Kekuatan perpaduan bukan terletak pada keseragaman pandangan, sebaliknya kemampuan masyarakat untuk mengurus perbezaan dengan matang demi kepentingan yang lebih besar.

“Perpaduan yang sebenar bukan apabila semua orang mempunyai pandangan yang sama, tetapi apabila perbezaan masih mampu disatukan demi kepentingan yang lebih besar. Dalam semangat Kelantan, kita boleh berbeza wadah, tetapi jangan sampai berpecah ummah,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau berpandangan Kelantan wajar menjadi antara negeri yang memperlihatkan bagaimana gagasan perpaduan ummah dapat diterjemahkan dalam kehidupan sebenar, bukan sekadar melalui retorik politik.

“Kalau matlamatnya perpaduan, maka Kelantan patut menjadi antara negeri yang memperlihatkan bagaimana perpaduan itu diterjemahkan dalam kehidupan sebenar,” ujarnya. – UMNO Online


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agenda Malaysia Biru Buka Laluan Pendekatan Pentadbiran Lebih Baik

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker