Jasa Dan Rekod Najib Razak Perlu Dihargai – Rosnah
Jasa Dan Rekod Najib Razak Perlu Dihargai – Rosnah

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menegaskan sejarah pembangunan Sabah dan Sarawak tidak seharusnya dilupakan atau dipadam begitu sahaja kerana pelbagai inisiatif yang dilaksanakan sebelum ini telah memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.
Beliau berkata, pembangunan di kedua-dua negeri berkenaan mempunyai sejarah yang panjang, merangkumi pelbagai aspek termasuk kebajikan rakyat, keselamatan, kesihatan, pendidikan, jaringan jalan raya serta pembangunan infrastruktur.
Menurutnya, ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, kerajaan pada ketika itu turut melaksanakan pelbagai inisiatif yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak.
“Antaranya ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Klinik 1Malaysia, perkhidmatan kesihatan bergerak, bantuan persekolahan serta pembinaan baharu dan kerja-kerja baik pulih bangunan sekolah.
“Selain itu, kewujudan Urban Transformation Centre (UTC) dan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo juga merupakan antara inisiatif pembangunan yang perlu dilihat dalam konteks sejarah pembangunan negara,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lawatan Kerja Ahmad Zahid Kukuh Hubungan Malaysia-Indonesia
- Junjung Keputusan Tuanku… Namun Pandangan Ahli Politik Terlibat Boleh Dipersoal
- Kedah Medan Awal Perpaduan Ummah – Farhan Ahmad
Mengulas lanjut, Rosnah yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Papar berkata, setiap projek dan inisiatif yang membawa kemudahan kepada rakyat mempunyai nilai tersendiri kerana ia mencerminkan komitmen kerajaan pada sesuatu tempoh dalam memenuhi keperluan masyarakat.
“Sejarah pembangunan bukan sekadar angka semata-mata. Ia adalah rekod usaha dan manfaat yang pernah dirasai rakyat,” ujarnya.- UMNO Online
Jasa Dan Rekod Najib Razak Perlu Dihargai – Rosnah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 600kWh Sudah Lapuk, Wajib Nilai Semula – Armand Azha
- Wanita UMNO Pahang, Terengganu Teguh Hormati Proses Pengampunan Najib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Agenda Malaysia Biru Buka Laluan Pendekatan Pentadbiran Lebih Baik
You must be logged in to post a comment.