Suami isteri maut, 3 cedera nahas lori dan 3 motosikal berkonvoi
Suami isteri maut, 3 cedera nahas lori dan 3 motosikal berkonvoi

BESUT: Suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dengan tiga motosikal di Jalan Gong Kedak, di sini hari ini yang turut menyaksikan tiga lagi individu cedera.
Mohd Zamri Mohd Zaki, 41, dan isterinya, Norlyana Ismail, 45, dari Batu Rakit disahkan maut di lokasi kejadian, manakala satu lagi pasangan, lelaki berusia 51 tahun dan isteri 50 tahun serta seorang wanita 51 tahun cedera.
Mereka dalam konvoi 12 motosikal jenama Aveta Nova 250 dari Kuala Terengganu untuk ke Perlis.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Rozaime Ab Rahim, berkata kejadian dipercayai kira-kira jam 9.45 pagi.
Katanya, siasatan awal mendapati nahas membabitkan lori Nissan Tipper dipandu lelaki berusia 57 tahun dalam perjalanan dari arah Jertih ke Bachok, Kelantan dan tiga motosikal.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lawatan Kerja Ahmad Zahid Kukuh Hubungan Malaysia-Indonesia
- Junjung Keputusan Tuanku… Namun Pandangan Ahli Politik Terlibat Boleh Dipersoal
- Kedah Medan Awal Perpaduan Ummah – Farhan Ahmad
“Tiga motosikal jenis Aveta Nova 250 itu bergerak dari arah Kuala Besut untuk ke Perlis. Setiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang wanita berusia 51 tahun dipercayai memasuki laluan lori sebelum berlaku perlanggaran.
“Akibatnya, lori terbabas dan terlanggar sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki berusia 41 tahun dan dibonceng isterinya berusia 45 tahun.
“Akibat kemalangan itu, lelaki berusia 41 tahun terbabit dan pembonceng wanita berusia 45 tahun berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Sebuah lagi motosikal ditunggang lelaki berusia 51 tahun bersama isteri berusia 50 tahun sebagai pembonceng dipercayai terlanggar muatan tanah yang terjatuh di atas permukaan jalan.
“Pemandu lori, penunggang motosikal wanita berusia 51 tahun serta penunggang dan pembonceng motosikal, masing-masing berusia 51 dan 50 tahun cedera dan dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perkukuh Industri Koko Negara Melalui Inovasi, Teknologi
- Selepas PAU 2026… Kepercayaan Rakyat Menjadi Amanah
- Kerajaan Wajar Perluas Bantuan Tenaga Solar Ringankan Beban Rakyat – Dr Akmal
Dap Dibidas, Persoal Kenyataan Hannah Yeoh Dalam Isu Pengampunan Najib
“Mayat dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan punca sebenar masih dalam siasatan,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Inspektor Mohd Zulkifli Razak di talian 019-4475767 atau balai polis berhampiran.
Suami isteri maut, 3 cedera nahas lori dan 3 motosikal berkonvoi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 600kWh Sudah Lapuk, Wajib Nilai Semula – Armand Azha
- Wanita UMNO Pahang, Terengganu Teguh Hormati Proses Pengampunan Najib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Agenda Malaysia Biru Buka Laluan Pendekatan Pentadbiran Lebih Baik
You must be logged in to post a comment.