Rakyat Malaysia maut ketika aktiviti selam skuba di Bali

Rakyat Malaysia maut ketika aktiviti selam skuba di Bali

Rakyat Malaysia maut ketika aktiviti selam skuba di Bali
Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia dilaporkan maut ketika melakukan aktiviti selam skuba di perairan Crystal Bay, Desa Sakti, Bali, Indonesia, semalam.

Wanita dikenali Siti Nuraini Rusidi, 40, dilaporkan meninggal dunia dalam tragedi kira-kira jam 11.10 pagi waktu tempatan.

Memetik laporan media tempatan BaliNews, mangsa memulakan aktiviti rekreasi itu bersama seorang juruselam, kapten bot dan beberapa penyelam lain di sekitar perairan berkenaan bermula jam 8 pagi.

Difahamkan, tanda-tanda awal masalah kesihatan mangsa mula disedari juruselam, Eugenius Franciso Ray, 33, ketika mereka tiba di lokasi selaman pertama di Manta Bay.Juruselam terbabit dilaporkan melihat mangsa batuk dan meminta pengesahan mengenai tahap kesihatannya. Bagaimanapun, mangsa menegaskan masih mampu meneruskan aktiviti sehingga selaman di Manta Bay selesai.

“Ketika dalam perjalanan menuju ke destinasi selaman seterusnya di Crystal Bay, mangsa sekali lagi ditanya berkenaan keadaan kesihatannya, namun tetap mahu menyertai aktiviti selaman di situ,” lapor portal berkenaan yang memetik sumber.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jasa Najib Tidak Harus Dipinggirkan – Norliza


Keadaan dilaporkan bertukar cemas setibanya di Crystal Bay apabila kumpulan penyelam terbabit berdepan situasi arus laut yang sangat kuat, menyebabkan tiga daripada mereka dihanyutkan sebelum mangsa dilaporkan meninggal dunia.

Berita mengenai insiden terbabit mula tular di Malaysia selepas ia dimuat naik oleh seorang pengguna di platform media sosial Threads.

Sementara itu, keluarga mangsa yang dihubungi setakat ini enggan mengulas lanjut berhubung kejadian kerana masih terkejut.

Rakyat Malaysia maut ketika aktiviti selam skuba di Bali

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker