Nahas korbankan 4 sekeluarga: Remaja pandu Mercedes Benz didakwa pagi ini

Nahas korbankan 4 sekeluarga: Remaja pandu Mercedes Benz didakwa pagi ini

Nahas korbankan 4 sekeluarga: Remaja pandu Mercedes Benz didakwa pagi ini
(Gambar fail) Remaja yang disyaki memandu Mercedes Benz secara melulu serta berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan mengorbankan empat sekeluarga di Jalan Renggam-Simpang Renggam pada Jun lalu, akan didakwa di Mahkamah Majistret, pagi ini. – NSTP/ALIAS ABD RANI

KLUANG: Seorang remaja yang disyaki memandu Mercedes Benz secara melulu serta berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan mengorbankan empat sekeluarga di Jalan Renggam-Simpang Renggam di sini, Jun lalu, akan didakwa di Mahkamah Majistret, pagi ini.

Pertuduhan ke atas suspek berusia 19 tahun yang juga penuntut sebuah universiti di Singapura itu dijadual dijalankan di hadapan Majistret Nurasidah A Rahman.

Pendakwaan bakal dikemukakan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu sekurang-kurangnya dua tahun, jika sabit kesalahan.

Difahamkan, pertuduhan dibuat selepas kertas siasatan yang dirujuk ke Pejabat Penasihat Undang-Undang Johor, sudah lengkap sebelum diserahkan kepada pihak pendakwaan bagi tindakan lanjut.

Pada 1 Jun lalu, empat sekeluarga maut, manakala dua lagi cedera dalam nahas membabitkan lima kenderaan di Jalan Renggam-Simpang Renggam di hadapan penjara Simpang Renggam, di sini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jasa Najib Tidak Harus Dipinggirkan – Norliza


Kejadian sekitar jam 1.15 tengah hari itu membabitkan sebuah Perodua Alza, Proton Wira, Mercedes Benz, BMW dan Toyota Vios.

Empat sekeluarga yang terkorban ialah Aiman Mohd Rashid, 36; Nor Azlina Abd Latip, 33; Semek Mat Soh, 73, dan Nur Airish Syifa Sidek, 10, yang menaiki Toyota Vios.

Kemalangan dipercayai berpunca daripada tindakan suspek dan abangnya memandu dua kereta mewah secara laju serta melulu.

Suspek adalah pemandu Mercedes Benz A250, manakala abangnya berusia 22 tahun memandu BMW 530.

Bagaimanapun, abang suspek meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sebuah hospital swasta untuk mendapat rawatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dap Dibidas, Persoal Kenyataan Hannah Yeoh Dalam Isu Pengampunan Najib



Sebelum ini, akhbar melaporkan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, mengarahkan polis mengklasifikasikan siasatan terhadap nahas itu sebagai kes bunuh.

Bagaimanapun, beliau dipetik berkata, keputusan muktamad mengenai pertuduhan hanya akan diputuskan selepas Jabatan Peguam Negara meneliti secara menyeluruh hasil siasatan polis.

Nahas korbankan 4 sekeluarga: Remaja pandu Mercedes Benz didakwa pagi ini


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agenda Malaysia Biru Buka Laluan Pendekatan Pentadbiran Lebih Baik

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker