Lelaki warga China ditahan cuba curi dompet dalam kapal terbang

Lelaki warga China ditahan cuba curi dompet dalam kapal terbang

Lelaki warga China ditahan cuba curi dompet dalam kapal terbang
Gambar hiasan

BALIK PULAU: Lelaki warga China ditahan selepas dipercayai cuba mencuri dompet milik penumpang warga Indonesia ketika dalam penerbangan dari Jakarta ke negeri ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab Wahab, berkata pihaknya menerima laporan daripada lelaki warga Indonesia berusia 36 tahun berhubung kejadian itu hari ini.

Beliau berkata, ketika dalam penerbangan, pengadu melihat seorang lelaki mengambil beg miliknya dari ruang simpanan di bahagian atas pesawat sebelum membuka beg berkenaan dan mengambil dompet milik pengadu.

“Pengadu sempat merakam kejadian itu sebelum memaklumkannya kepada kru pesawat.

“Susulan laporan itu, polis menjalankan siasatan dan menahan suspek berusia 55 tahun itu hari ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Anuwal berkata, tiada kehilangan atau kerugian dilaporkan dan semua barangan milik pengadu sudah diperoleh semula.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencuri. Siasatan lanjut masih diteruskan bagi melengkapkan siasatan kes.,” katanya.

Lelaki warga China ditahan cuba curi dompet dalam kapal terbang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agenda Malaysia Biru Buka Laluan Pendekatan Pentadbiran Lebih Baik

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker