UMNO Gerakkan Tabung Solidariti Najib Razak
UMNO Gerakkan Tabung Solidariti Najib Razak

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Ibu Pejabat UMNO mengambil langkah melaksanakan inisiatif dengan melancarkan Tabung Solidariti Najib Razak bagi membantu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melunaskan denda berjumlah RM50 juta.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, inisiatif tersebut dizahirkan sebagai tanda keprihatinan dan solidariti seluruh keluarga UMNO serta rakyat Malaysia yang ingin bersama-sama memberikan sokongan kepada bekas Perdana Menteri itu.
“Susulan perkembangan terkini, Ibu Pejabat UMNO memulakan langkah melaksanakan inisiatif Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk melancarkan Tabung Solidariti Najib Razak bagi membantu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melunaskan denda berjumlah RM50 juta yang dikenakan.
“Inisiatif Presiden ini dizahirkan sebagai tanda keprihatinan dan solidariti seluruh keluarga UMNO serta rakyat Malaysia yang ingin bersama-sama memberikan sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak yang banyak jasanya pada negara.
“Justeru, kepimpinan, ahli UMNO serta seluruh masyarakat dijemput untuk menyumbang secara sukarela mengikut kemampuan masing-masing melalui saluran rasmi,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ANGKASA Kekal Di Pentas Global, Abdul Fattah Ke Lembaga ICA
- Berbeza Wadah, Jangan Berpecah Ummah – Saifullah
- Jasa Dan Rekod Najib Razak Perlu Dihargai – Rosnah
Sumbangan boleh disalurkan melalui nombor akaun di bawah yang diseliakan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia:
Nama Akaun: PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO)
Nombor Akaun: 8604886094
Bank: CIMB ISLAMIC
Terdahulu Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memberikan pengampunan bersyarat kepada Najib dengan membenarkan beliau menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028.
Pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta pematuhan syarat yang ditetapkan sepanjang tempoh tahanan di rumah.
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri memaklumkan perintah itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara hari ini. – UMNO Online
UMNO Gerakkan Tabung Solidariti Najib Razak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Wajah Baharu Bandar Johor Bahru Pacu Ekonomi, Kehidupan Komuniti Setempat
- Sarawak Penentu Masa Depan Industri Lada Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita UMNO Junjung Kasih, Sambut Keputusan Tahanan Rumah Najib
You must be logged in to post a comment.