Wajah Baharu Bandar Johor Bahru Pacu Ekonomi, Kehidupan Komuniti Setempat

Wajah Baharu Bandar Johor Bahru Pacu Ekonomi, Kehidupan Komuniti Setempat

Wajah Baharu Bandar Johor Bahru Pacu Ekonomi, Kehidupan Komuniti Setempat

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Wajah baharu bandar Johor Bahru bakal menjadi nilai tambah kepada ekonomi dan kehidupan komuniti setempat, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Ujarnya, usaha menaik taraf infrastruktur dan pengindahan Johor Bahru City Centre dengan peruntukan RM25 juta itu telah mewujudkan ruang bandar yang lebih mesra pengguna.

 

“Syukur alhamdulillah, pusat bandar Johor Bahru kini tampil dengan wajah baharu menerusi usaha menaik taraf infrastruktur dan pengindahan Johor Bahru City Centre. Dengan peruntukan RM25 juta, sekali gus mewujudkan ruang bandar yang lebih selesa, menarik dan mesra pengguna untuk dinikmati bersama.

”Saya berkesempatan bersama Bangsa Johor di JB Festival 2026 yang berlangsung di Dataran 0KM dan Jalan Dato’ Onn, Johor Bahru. Festival selama lima hari, dari 16 hingga 20 September ini, menghidupkan suasana pusat bandar dengan pelbagai pengisian seni, budaya, sukan dan komuniti termasuk Keretapi Sarong, 0KM Neon Fun Run, Rentak Budaya serta persembahan ghazal dan zapin.

“Saya turut berkesempatan menyaksikan Bando JB Light Show yang menerangi bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan pertunjukan bunga api, selain menyantuni para peniaga tempatan yang menawarkan pelbagai produk serta juadah,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Agenda Malaysia Biru Buka Laluan Pendekatan Pentadbiran Lebih Baik


Wajah Baharu Bandar Johor Bahru Pacu Ekonomi, Kehidupan Komuniti Setempat

Mengulas lanjut, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bekerja keras untuk menghidupkan pusat bandar Johor Bahru.

“Paling menggembirakan apabila melihat kawasan ini kembali hidup, dipenuhi pengunjung dan pada masa yang sama membuka lebih banyak ruang rezeki kepada peniaga serta komuniti setempat.

“Terima kasih kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan semua pihak yang terus bekerja keras menceriakan serta menghidupkan pusat bandar Johor Bahru. Usaha ini bukan hanya memperindah wajah bandar, tetapi juga menjadikan ruang awam lebih dekat dengan rakyat dan memberi nilai tambah kepada ekonomi serta kehidupan komuniti setempat.

“Semoga Johor Bahru terus berkembang sebagai sebuah bandar raya yang selesa untuk didiami; menarik untuk dikunjungi dan mampu memberi limpahan ekonomi yang lebih luas kepada rakyat, peniaga serta komuniti setempat. Insya-Allah,” katanya lagi. – UMNO Online

Wajah Baharu Bandar Johor Bahru Pacu Ekonomi, Kehidupan Komuniti Setempat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agong Perkenan Pengampunan Bersyarat Kepada Najib

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker