Sarawak Penentu Masa Depan Industri Lada Malaysia
Sarawak Penentu Masa Depan Industri Lada Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Sarawak mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam menentukan masa depan industri lada Malaysia, kata Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Noraini memaklumkan beliau telah berkesempatan untuk menghadiri Seminar Kemampanan Industri Lada yang berlangsung di Dewan Masyarakat Spaoh, Betong, Sarawak, semalam.
“Saya telah bersama pekebun dan penggiat industri dalam Seminar Kemampanan Industri Lada yang berlangsung di Dewan Masyarakat Spaoh, Betong, Sarawak, semalam.
“Seminar ini telah dirasmikan oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier I Sarawak dan turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Huang Tiong Sii,” katanya.
Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia berkata, kekuatan identiti dan reputasi lada Sarawak perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya.
“Lada Sarawak mempunyai identiti dan reputasi tersendiri. Kekuatan ini perlu dimanfaatkan untuk membuka lebih banyak ruang kepada pasaran premium, sekaligus memberikan pulangan yang lebih baik kepada para pekebun.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 600kWh Sudah Lapuk, Wajib Nilai Semula – Armand Azha
- Wanita UMNO Pahang, Terengganu Teguh Hormati Proses Pengampunan Najib
Agenda Malaysia Biru Buka Laluan Pendekatan Pentadbiran Lebih Baik
“Melalui Program Kemampanan Penanaman Lada di Malaysia, kerajaan menyasarkan peluasan tanaman lada premium seluas 750 hektar dan pengurusan 800 hektar tanaman lada matang, dengan tumpuan kepada peningkatan hasil, kualiti serta pendapatan pekebun.
“Pada masa yang sama, teknologi perlu menjadi sebahagian daripada transformasi industri ini. Penggunaan fertigasi, Internet of Things (IoT), teknologi diagnostik tanaman, penderiaan jauh, data dan mekanisasi perlu terus diperkasa supaya dapat membantu pekebun meningkatkan produktiviti serta menangani cabaran sebenar di lapangan,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan terus memperkukuh kerjasama dengan pihak berkaitan supaya industri lada terus mampan serta berdaya saing.
“Sarawak mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam menentukan masa depan industri lada Malaysia.
“KPK akan terus memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Sarawak dan semua pemegang taruh supaya industri lada kita bukan sahaja terus mampan serta berdaya saing, tetapi juga mampu memberikan nilai serta pendapatan yang lebih baik kepada pekebun,” katanya lagi. – UMNO Online
Sarawak Penentu Masa Depan Industri Lada Malaysia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ANGKASA Kekal Di Pentas Global, Abdul Fattah Ke Lembaga ICA
- Berbeza Wadah, Jangan Berpecah Ummah – Saifullah
- Jasa Dan Rekod Najib Razak Perlu Dihargai – Rosnah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.