ANGKASA Kekal Di Pentas Global, Abdul Fattah Ke Lembaga ICA
ANGKASA Kekal Di Pentas Global, Abdul Fattah Ke Lembaga ICA

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam kepimpinan gerakan koperasi dunia apabila Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, dipilih sebagai Ahli Lembaga International Cooperative Alliance (ICA) bagi penggal 2026 hingga 2030.
Pemilihan itu berlangsung sempena Perhimpunan Agung ICA 2026 di Panama Convention Centre, Panama, sekali gus menyaksikan Malaysia menerusi ANGKASA terus berada dalam barisan kepimpinan tertinggi badan induk koperasi dunia.
Abdul Fattah berkata, pemilihan tersebut melibatkan 116 pengundi yang mewakili 193 organisasi anggota ICA dari 66 negara, mencerminkan penyertaan pelbagai rantau dalam menentukan kepimpinan gerakan koperasi antarabangsa bagi tempoh empat tahun akan datang.
“Pemilihan itu merupakan satu penghormatan dan amanah besar bukan sahaja kepada ANGKASA, malah kepada keseluruhan gerakan koperasi Malaysia yang kini merangkumi 16,468 koperasi dengan 7.3 juta anggota.
“Kemenangan ini adalah kemenangan gerakan koperasi Malaysia. Ia membuktikan keyakinan pemimpin koperasi antarabangsa terhadap kemampuan Malaysia untuk terus menyumbang idea, pengalaman dan kepimpinan dalam menentukan hala tuju gerakan koperasi di peringkat global.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lawatan Kerja Ahmad Zahid Kukuh Hubungan Malaysia-Indonesia
- Junjung Keputusan Tuanku… Namun Pandangan Ahli Politik Terlibat Boleh Dipersoal
- Kedah Medan Awal Perpaduan Ummah – Farhan Ahmad
“ANGKASA akan menggunakan platform ini untuk memastikan suara dan kepentingan koperasi Malaysia terus diberi perhatian, selain memperluas jaringan strategik, kerjasama ekonomi dan kepakaran antara koperasi Malaysia dengan koperasi di seluruh dunia,” katanya.
Mengulas lanjut, Abdul Fattah yang juga Timbalan Pengerusi Tetap UMNO menjelaskan kedudukan dalam Lembaga ICA membuka ruang lebih luas kepada ANGKASA untuk membawa perspektif gerakan koperasi Malaysia dalam pembentukan dasar dan agenda koperasi antarabangsa.

“Antara fokus yang boleh diketengahkan termasuk pembangunan mampan, keterangkuman ekonomi, pengukuhan perdagangan antara koperasi serta pembangunan komuniti,” jelasnya.
Untuk rekod, ANGKASA telah menjadi anggota tetap ICA sejak 16 Mei 1972 dan terus memainkan peranan aktif dalam jaringan serta kepimpinan gerakan koperasi antarabangsa.
Ia ditubuhkan pada 1895, ICA merupakan badan induk gerakan koperasi dunia yang menyatukan, mewakili dan memberikan khidmat kepada koperasi di seluruh dunia.
ICA kini mewakili gerakan yang merangkumi kira-kira satu bilion anggota koperasi dan sekitar tiga juta koperasi di seluruh dunia, sekali gus menjadi platform global bagi perkongsian pengetahuan, kepakaran dan tindakan bersama dalam memperkukuh gerakan koperasi. – UMNO Online
ANGKASA Kekal Di Pentas Global, Abdul Fattah Ke Lembaga ICA
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 600kWh Sudah Lapuk, Wajib Nilai Semula – Armand Azha
- Wanita UMNO Pahang, Terengganu Teguh Hormati Proses Pengampunan Najib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Agenda Malaysia Biru Buka Laluan Pendekatan Pentadbiran Lebih Baik
You must be logged in to post a comment.