Jelajah Penerangan Perkukuh Kesiapsiagaan Jentera Melaka

Jelajah Penerangan Perkukuh Kesiapsiagaan Jentera Melaka

Jelajah Penerangan Perkukuh Kesiapsiagaan Jentera Melaka

MELAKA, 20 Sept – Jelajah Mega Penerangan UMNO Malaysia menjadi platform penting untuk memperkukuh kesiapsiagaan jentera parti, khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketua Penerangan Wanita UMNO Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah berkata, ahli parti perlu dilengkapi dengan fakta, hujah dan kemahiran komunikasi untuk menerangkan kebaikan serta pencapaian parti kepada rakyat.

“Dalam medan politik hari ini, ahli parti tidak boleh sekadar menjadi pemerhati. Kita mesti bersedia untuk memberi penerangan mengenai kebaikan parti, mempertahankan parti daripada fitnah dan persepsi tidak benar, serta menyerang kelemahan hujah pihak lawan berasaskan fakta.

“Penerangan tidak boleh bersifat defensif semata-mata. Kita perlu lebih pantas, proaktif dan berani menguasai naratif, terutama apabila berhadapan dengan manipulasi fakta serta maklumat palsu,” katanya.

Melaka menjadi negeri pertama bagi gerakan Jelajah Mega Penerangan UMNO Malaysia yang dilancarkan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said, di Villa D’Acqua, Masjid Tanah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Johor Hormati Proses Perlembagaan Dalam Isu Najib


Majlis turut dihadiri Ketua Penerangan UMNO Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan, barisan kepimpinan negeri serta Ketua-ketua Penerangan UMNO di Melaka.

Haryaty yang juga Exco Wanita UMNO Malaysia berkata, perubahan corak penerimaan maklumat masyarakat menuntut jentera menguasai pendekatan lapangan dan komunikasi digital secara serentak.

“Jentera Wanita perlu berada di lapangan secara fizikal untuk mendekati, mendengar dan memahami keperluan pengundi. Pada masa yang sama, kita mesti aktif di lapangan digital bagi menyampaikan penerangan, menjawab kekeliruan dan mendekati pengundi yang mendapatkan maklumat melalui media sosial.

“Kehadiran fizikal membina kepercayaan, manakala kekuatan digital membantu kita memperluas capaian. Kedua-duanya perlu bergerak seiring,” katanya.

Menurutnya, segala ilmu dan input yang diperoleh sepanjang jelajah itu mesti diterjemahkan kepada tindakan di peringkat bahagian, DUN, PDM dan akar umbi.

“Jangan biarkan ilmu ini berhenti di dalam dewan. Bawa pulang, kongsikan dengan jentera dan laksanakan secara tersusun. Ukuran sebenar kejayaan program ini ialah sejauh mana jentera kita lebih bersedia, tangkas dan berkesan di lapangan,” katanya. – UMNO Online

Jelajah Penerangan Perkukuh Kesiapsiagaan Jentera Melaka


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemuda UMNO Jempol Zahir Kesyukuran, Junjung Kasih Perkenan Tahanan Rumah – Izwan Kamar

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker