UMNO Kelantan Junjung Kasih Atas Perkenan Tuanku – Ahmad Jazlan
UMNO Kelantan Junjung Kasih Atas Perkenan Tuanku – Ahmad Jazlan

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Seluruh kepimpinan berserta ahli UMNO Negeri Kelantan merafak sembah menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub.
“UMNO Kelantan menyambut dengan penuh kesyukuran berkenaan keputusan yang membolehkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.
“Patik menjunjung tinggi kebijaksanaan dan budi bicara DYMM Tuanku serta menzahirkan setulus-tulus penghargaan atas limpah ehsan perkenan DYMM Tuanku kepada perkara ini.
“Penghormatan kepada Institusi Raja, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang akan terus menjadi pegangan kami semua,” katanya menerusi satu kenyataan media.
Ahmad Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Machang mendoakan agar keamanan, keharmonian dan kestabilan negara terus dipelihara demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.
“Semoga Allah SWT mengurniakan kesejahteraan kepada DYMM Tuanku serta memelihara keamanan dan keharmonian buat negara ini,” ujarnya. – UMNO Online
UMNO Kelantan Junjung Kasih Atas Perkenan Tuanku – Ahmad Jazlan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perkembangan Najib: Wan Rosdy Seru Ahli Sambut Dengan Kesyukuran, Jaga Adab
- UMNO Gerakkan Tabung Solidariti Najib Razak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.