Tiada Siapa Mengatasi Perlembagaan

Tiada Siapa Mengatasi Perlembagaan

Tiada Siapa Mengatasi Perlembagaan

1.Berhubung kenyataan Majlis Presiden Pakatan Harapan bertarikh 18 September 2026, saya ingin menjelaskan beberapa perkara dari sudut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

2. Pertama, prinsip kedaulatan undang-undang tidak pernah dipertikaikan. Tiada individu, kerajaan atau institusi berada di atas undang-undang.

3. Namun, Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi negara dan semua pihak juga tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan.

4. Kedua, kuasa pengampunan bukanlah kuasa di luar undang-undang. Ia merupakan kuasa yang diperuntukkan secara nyata oleh Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. Bagi kesalahan yang dilakukan di Wilayah-Wilayah Persekutuan, Perkara 42 memperuntukkan kuasa pengampunan kepada Yang diPertuan Agong serta menetapkan kerangka Lembaga Pengampunan.

5. Maka, tidak wajar menggambarkan pelaksanaan kuasa pengampunan yang diperuntukkan oleh Perlembagaan sebagai tindakan “mengatasi undang-undang”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wanita UMNO Junjung Kasih, Sambut Keputusan Tahanan Rumah Najib


6. Ketiga, keputusan kehakiman dan proses pengampunan adalah perkara yang berbeza. Mahkamah menjalankan fungsi kehakiman dalam menentukan kesalahan dan hukuman. Perkara 42 pula menyediakan mekanisme perlembagaan berhubung pengampunan, tunda hukuman atau lega hukuman.

7.Kewujudan kuasa pengampunan dalam Perlembagaan tidak bermakna keputusan mahkamah diketepikan atau seseorang individu berada di atas undang-undang.

8. Keempat, setiap institusi mesti bertindak dalam ruang kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan. Peranan Lembaga Pengampunan, Peguam Negara dan Menteri yang berkaitan hendaklah dilihat berdasarkan peruntukan Perkara 42 dan prosedur yang ditetapkan, bukan melalui tafsiran atau persepsi politik. Kerajaan sebelum ini telah menjelaskan di Parlimen bahawa prosedur dan urusan sedia ada berkaitan Lembaga Pengampunan dilaksanakan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkuat kuasa.

9. Kelima, pendirian saya sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia adalah jelas:

a. Hormati keputusan mahkamah. Hormati Perlembagaan. Hormati proses yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.

b. Sebarang persoalan mengenai kesahan, kesan undang-undang atau proses sesuatu tindakan hendaklah dinilai berdasarkan teks Perlembagaan, fakta dan proses yang sebenar, bukan sekadar kenyataan politik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Agong Perkenan Pengampunan Bersyarat Kepada Najib

10.Tiada siapa mengatasi undang-undang. Dan tiada siapa mengatasi Perlembagaan.

BERSATU,BERSETIA,BERKHIDMAT

Tiada Siapa Mengatasi Perlembagaan

YB DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID

Ketua Penerangan UMNO Malaysia

19 September 2026

Tiada Siapa Mengatasi Perlembagaan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Johor Hormati Proses Perlembagaan Dalam Isu Najib

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker