Hentikan Politik Kebencian, Jangan Hina Institusi Pengampunan Diraja – Haryaty
Hentikan Politik Kebencian, Jangan Hina Institusi Pengampunan Diraja – Haryaty

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Ketua Penerangan Wanita UMNO Negeri Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah mengecam sekeras-kerasnya penyebaran karikatur dan poster yang memperlekeh usaha memohon pengampunan diraja bagi pihak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Beliau yang juga Exco Wanita UMNO Malaysia menegaskan karya sebegini bukan lagi kritikan politik yang matang.
Katanya, ia sarat dengan penghinaan peribadi, sindiran terhadap keluarga serta gambaran seolah-olah rakyat yang bersolidariti ialah manusia bodoh yang mudah diperalatkan.
“Permohonan pengampunan diraja bukan usaha “membeli kebebasan”. Kuasa pengampunan ialah sebahagian daripada kerangka Perlembagaan negara di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. Ia tidak memansuhkan fungsi mahkamah, sebaliknya merupakan suatu mekanisme perlembagaan yang sah.
“Sumbangan sukarela penyokong tidak menentukan keputusan pengampunan. Keputusan tersebut tidak boleh dibeli dengan tabung, kekayaan atau sentimen politik. Menggabungkan kedua-duanya dalam sebuah karikatur hanyalah percubaan mengelirukan rakyat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perkembangan Najib: Wan Rosdy Seru Ahli Sambut Dengan Kesyukuran, Jaga Adab
- UMNO Gerakkan Tabung Solidariti Najib Razak
“Menghormati hak seseorang memohon pengampunan tidak bermakna kita menghalalkan rasuah atau menolak keputusan mahkamah. Kita boleh tegas menentang rasuah, namun pada masa yang sama menghormati keseluruhan sistem perundangan dan perlembagaan termasuk proses pengampunan,” katanya.
Tambahnya, lebih membimbangkan kemiskinan rakyat turut dieksploitasi sebagai bahan propaganda politik. Ini bukan keberanian, ini politik kebencian yang miskin hujah dan adab.
Mengulas lanjut, Haryaty yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Melaka menegaskan lebih menjijikkan apabila isteri dan keluarga beliau turut dijadikan sasaran penghinaan.

“Seranglah hujah, dasar dan rekod pentadbiran jika benar mempunyai fakta. Jangan merendahkan wanita, mempersendakan tubuh dan penampilan seseorang atau mereka-reka gambaran kehidupan mewah semata-mata untuk mengundang kebencian.
“Paling tidak wajar ialah apabila rakyat biasa yang memilih untuk bersolidariti digambarkan sebagai “dungu”. Mereka mungkin tidak kaya, tetapi mereka mempunyai maruah, pertimbangan dan hak untuk menentukan pendirian sendiri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Wajah Baharu Bandar Johor Bahru Pacu Ekonomi, Kehidupan Komuniti Setempat
- Sarawak Penentu Masa Depan Industri Lada Malaysia
Wanita UMNO Junjung Kasih, Sambut Keputusan Tahanan Rumah Najib
“Kesusahan hidup seseorang tidak membatalkan haknya untuk bersuara atau menyokong perjuangan yang dipercayainya,” katanya lagi.
Seterusnya kata Pengerusi HAWA Melaka menjelaskan jika pihak yang menghasilkan dan menyebarkan bahan ini benar-benar yakin dengan pendirian mereka, berhujahlah berdasarkan fakta dan Perlembagaan.
“Jangan berlindung di sebalik karikatur untuk menghina keluarga, memperalatkan kemiskinan dan menanam kebencian. Kita tidak meminta undang-undang diketepikan demi sesiapa. Kita juga tidak menghalalkan rasuah
“Kita hanya menuntut supaya hak memohon pengampunan dipertimbangkan melalui saluran yang sah serta dihormati tanpa tekanan, penghinaan dan prejudis politik.
“Berbeza pandangan tidak menghalalkan fitnah. Kebebasan bersuara bukan lesen untuk menghina. Dan politik tidak pernah memberikan sesiapa hak untuk memperbodohkan rakyat,” tegasnya.
Daulat Tuanku. Hormati Perlembagaan dan hormati proses pengampunan diraja, ujarnya. – UMNO Online
Hentikan Politik Kebencian, Jangan Hina Institusi Pengampunan Diraja – Haryaty
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tiada Siapa Mengatasi Perlembagaan
- UMNO Kelantan Junjung Kasih Atas Perkenan Tuanku – Ahmad Jazlan
- Melaka Lokasi Permulaan Jelajah Mega Penerangan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda UMNO Jempol Zahir Kesyukuran, Junjung Kasih Perkenan Tahanan Rumah – Izwan Kamar
You must be logged in to post a comment.