Jelajah Mega Penerangan Suntik Semangat PRN – Suraya
Jelajah Mega Penerangan Suntik Semangat PRN – Suraya

MELAKA, 20 Sept – Jelajah Mega Penerangan UMNO Malaysia di Melaka yang melabuhkan tirainya hari ini dilihat positif dengan kesatuan gerak kerja jentera, memperkemas strategi komunikasi serta memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Suraya Yaacob, berkata pelbagai sesi perkongsian dan perbincangan sepanjang program itu membantu jentera memperoleh input, menilai kekuatan serta mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi memastikan mesej UMNO/BN disampaikan dengan tepat dan berkesan.
“Melaka sebagai negeri pertama menjadi tuan rumah memberikan permulaan baik dalam menyatukan gerak kerja penerangan di semua peringkat.
“Semua jentera perlu bergerak sebagai satu pasukan dan menyampaikan mesej parti secara konsisten, jelas serta berhemah,” katanya.
Beliau yang juga Ketua UMNO Pendang seterusnya berkata pendekatan penerangan perlu disesuaikan dengan perkembangan teknologi dan perubahan corak penerimaan maklumat rakyat, termasuk memanfaatkan media sosial.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tiada Siapa Mengatasi Perlembagaan
- UMNO Kelantan Junjung Kasih Atas Perkenan Tuanku – Ahmad Jazlan
- Melaka Lokasi Permulaan Jelajah Mega Penerangan
Pemuda UMNO Jempol Zahir Kesyukuran, Junjung Kasih Perkenan Tahanan Rumah – Izwan Kamar
Bagaimanapun, katanya, setiap kandungan yang disampaikan mestilah berasaskan fakta, bertanggungjawab dan tidak menimbulkan perpecahan.
Menurut Suraya lagi, momentum yang tercetus di Melaka perlu diteruskan dan diperkukuh apabila Jelajah Mega Penerangan UMNO Malaysia bergerak ke negeri-negeri seterusnya.
Katanya, pengalaman serta input yang diperoleh sepanjang tiga hari program itu akan menjadi bekalan penting untuk memperkemas gerak kerja penerangan, khususnya dalam memastikan jentera sentiasa bersedia menghadapi sebarang perkembangan politik dan pilihan raya.
“Melaka telah membuka tirai dengan semangat yang cukup kuat. Kini momentum itu perlu dibawa ke seluruh negara supaya setiap jentera penerangan lebih tersusun, lebih bersedia dan lebih dekat dengan rakyat.
“Kita mahu setiap negeri selepas ini bukan sekadar menerima jelajah, tetapi membawa pulang semangat, ilmu dan strategi untuk digerakkan di peringkat akar umbi,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perkembangan Najib: Wan Rosdy Seru Ahli Sambut Dengan Kesyukuran, Jaga Adab
- UMNO Gerakkan Tabung Solidariti Najib Razak
Jelajah Mega Penerangan UMNO Malaysia akan diteruskan ke negeri-negeri lain, dengan Melaka meninggalkan momentum awal yang menjadi pencetus kepada gerakan penerangan yang lebih tersusun, bersepadu dan berterusan menjelang PRN.- UMNO Online
Jelajah Mega Penerangan Suntik Semangat PRN – Suraya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hafiz Ariffin Wakili Malaysia Ke Yakutia
- Hentikan Politik Kebencian, Jangan Hina Institusi Pengampunan Diraja – Haryaty
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.