UMNO Kepong Zahir Kesyukuran, Junjung Kasih Atas YDPA – TPr Abdul Razak
UMNO Kepong Zahir Kesyukuran, Junjung Kasih Atas YDPA – TPr Abdul Razak

KUALA LUMPUR, 20 Sept – UMNO Bahagian Kepong menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih ke bawah Dulu Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Ibrahim.
Ketuanya, Datuk TPr Abdul Razak Abdul Rahman berkata, ianya atas perkenan Baginda memberikan pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, termasuk membolehkan baki hukuman dijalani secara tahanan di rumah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Katanya, keputusan yang penuh hikmah ini UMNO Bahagian Kepong terima dengan hati yang tunduk dan penuh kesyukuran.
“UMNO Bahagian Kepong turut merakamkan rasa syukur kerana perkembangan ini pastinya membawa kelegaan yang besar kepada Najib Razak, keluarga serta seluruh mereka yang selama ini mendoakan kesejahteraan beliau.
“Sesungguhnya, kebijaksanaan, keprihatinan dan sifat ihsan Seri Paduka Baginda dalam melaksanakan kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan merupakan suatu amanah besar yang kami junjung dengan penuh hormat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tiada Siapa Mengatasi Perlembagaan
- UMNO Kelantan Junjung Kasih Atas Perkenan Tuanku – Ahmad Jazlan
- Melaka Lokasi Permulaan Jelajah Mega Penerangan
Pemuda UMNO Jempol Zahir Kesyukuran, Junjung Kasih Perkenan Tahanan Rumah – Izwan Kamar
“Bagi kami, institusi Raja berperlembagaan, keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang adalah tiang seri negara yang wajib dihormati dan dipelihara,” katanya.
Mengulas lanjut, kata Abdul Razak menyeru seluruh ahli parti bersikap rendah hati dan beradab.
“Kami menyeru seluruh warga UMNO agar menerima perkembangan ini dengan penuh tertib, rendah hati dan beradab, tanpa keterlaluan dalam meluahkan kegembiraan.
“Semoga ke bawah Duli Tuanku sentiasa dikurniakan Allah SWT kesihatan, kebijaksanaan, kekuatan dan petunjuk dalam memayungi seluruh rakyat Malaysia dengan keadilan, kebijaksanaan dan ihsan. Daulat Tuanku, menjunjung kasih Tuanku dan menjunjung kasih, Seri Paduka Baginda,” ujarnya.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan memberi pengampunan bersyarat kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028 sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.
Ketetapan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan. – UMNO Online
UMNO Kepong Zahir Kesyukuran, Junjung Kasih Atas YDPA – TPr Abdul Razak
UMNO Kepong Zahir Kesyukuran, Junjung Kasih Atas YDPA – TPr Abdul Razak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hafiz Ariffin Wakili Malaysia Ke Yakutia
- Hentikan Politik Kebencian, Jangan Hina Institusi Pengampunan Diraja – Haryaty
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.