Ceramah, kuliah tak boleh guna pembesar suara luar, jelas Jais

Ceramah, kuliah tak boleh guna pembesar suara luar, jelas Jais

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menyiasat pentadbir surau susulan dakwaan pihak pengurusannya memasang pembesar suara di luar masjid ketika berceramah sehingga mencetuskan insiden rampasan mikrofon, pada Ahad.

Semalam dilaporkan polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun kerana mengamuk dalam surau selepas mendakwa kuliah Subuh terlalu bising hingga mengganggunya, dalam kejadian di Ampang Campuran, di sini.



Pengarah Jais Mohd Shahzihan Ahmad, ketika mengulas lanjut, berkata arahan melarang penggunaan pembesar suara luar sudah dikeluarkan, bermula 23 Okt 2017 kepada semua masjid dan surau di negeri itu.

Katanya, ia selaras titah Sultan Selangor berkaitan perkara itu yang jelas bertitah bahawa penggunaan pembesar suara untuk ceramah dan kuliah hendaklah dihadkan dalam ruang atau dewan masjid dan surau sahaja.

“Siasatan lanjut akan dibuat mengikut Seksyen 12 (a) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor No.9 Tahun 1995 kerana disyaki berlakunya satu perbuatan melanggar titah Sultan Selangor atas sifat baginda sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, baginda bertitah demikian agar imej dan kemuliaan Islam sebagai sistem cara hidup sempurna, dinamik serta sentiasa mementingkan kesejahteraan masyarakat, sekali gus menjadi teladan yang baik.



“Pembesar suara luar hanya boleh digunakan bagi tujuan azan dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran bagi tempoh pendek sebelum azan dilaungkan,” katanya.

Dalam kejadian merampas mikrofon itu, suspek direman empat hari hingga 12 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1956.

Ketua Polis Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak, berkata hasil semakan mendapati suspek memiliki dua rekod kesalahan dadah dan ugutan jenayah. FMT

Ceramah, kuliah tak boleh guna pembesar suara luar, jelas Jais




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)



Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi

Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker