Lelaki miliki 2,105 senjata api tiruan ditahan polis

Lelaki miliki 2,105 senjata api tiruan ditahan polis

Polis menahan seorang lelaki selepas menemui 2,105 laras senjata api bernilai RM318,520 dalam serbuan di beberapa lokasi, di sekitar ibu kota, semalam dan hari ini.

Ketua Polis Sentul Beh Eng Lai, berkata rampasan dilakukan susulan penahanan lelaki berusia 26 tahun itu di tepi jalan Taman Pusat Kepong, Jinjang oleh anggota polis yang melakukan rondaan, 11 pagi.



Beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas lelaki itu dan kenderaan miliknya, polis menjumpai 25 laras senjata api tiruan, dua pistol mainan serta 480 butir peluru plastik di tempat duduk penumpang hadapan dan belakang kereta terbabit.

“Susulan tangkapan itu, polis menyerbu sebuah premis perniagaan di Taman Fadason, Jinjang dan sebuah kediaman di Taman Megah Kepong sejam kemudian.

“Hasil serbuan mendapati, lokasi tersebut dijadikan tempat penyimpanan senjata api tiruan dan polis merampas 731 pucuk pistol tiruan, 198 laras senapang tiruan serta 1,149 laras rifle tiruan pelbagai jenis,” lapor Bernama.

Beh berkata, siasatan lanjut mendapati lelaki itu menjalankan perniagaan menjual pelbagai mainan senjata tiruan dalam talian sejak Oktober lalu dengan membeli barangan dari China.



“Senjata api tiruan itu dijual pada harga RM50 hingga RM200 seunit melalui beberapa aplikasi perniagaan dalam talian seperti Shopee dan Lazada,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu direman hingga Jumaat ini bagi siasatan mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 6 (1)(C) Akta Imigresen. FMT

Lelaki miliki 2,105 senjata api tiruan ditahan polis


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi



Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker