Ongkili gila, tak kenang budi – Salleh

Ongkili gila, tak kenang budi – Salleh

Bekas ketua menteri, Salleh Said Keruak menyifatkan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Maximus Ongkili “gila” dan tidak mengenang budi kerana menyerang Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

Katanya, dakwaan Ongkili yang mengatakan terdapat parti komponen BN menggunakan “perkhidmatan” pendatang asing tanpa izin (Pati) untuk kepentingan politik adalah fitnah semata-mata.

“Saya marah betul (apabila) baca surat khabar ini. Maximus Ongkili, gila dia ini kerana buat kenyataan kononnya parti dalam BN ada pengundi palsu, kad pengenalan palsu,” katanya ketika berucap dalam forum politik dan ekonomi Sabah sempena Konvensyen BN di Pusat Komersial dan Teknologi Antarabangsa.

“Kalau dia sebut nama BN, kita akan lapor polis ke atas Maximus kerana ini fitnah. Dalam RCI (suruhanjaya siasatan diraja) tidak pernah mengatakan siapa yang menipu, ia hanya laporan dan siasatan semata-mata.”

Salleh yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN-Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengingatkan Maximus bahawa pengundi BN di Kota Marudu yang menyokongnya dalam pilihan raya lalu.

“Dia tidak kenang budi, jangan emosi dan kalau pun main politik jangan sedemikian, tapi hari ini dia kata BN lah paling jahat.

“Dia (Maximus) dalam Kabinet, dia tidak tahukah siapa perdana menteri? Perdana menteri itu daripada BN,” katanya.

Kelmarin, Ongkili dilaporkan mendakwa sebuah parti komponen BN menyalahgunakan Pati di Sabah demi kepentingan politik mereka.

Tanpa menyebut parti mana, katanya, penglibatan parti terbabit meraih undi daripada Pati terbukti dalam siasatan RCI mengenai Pati di Sabah sebelum ini. FMT

Ongkili gila, tak kenang budi – Salleh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker